Muruku Homemade Segar Dari Dapur, Hasil Air Tangan Sendiri

Share

Muruku homemade segar dari dapur, hasil air tangan sendiri memang lebih sedap. Sebabnya, kita buat fresh dari dapur kita. Kalau beli, mungkin dah lama dibuat dan rasanya sudah kurang segar.

Selain itu, boleh juga kita adjust ikut selera kita. Betul tak?

Muruku merupakan snek terkenal di kalangan kaum India. Namun ia digemari oleh semua orang tak kira bangsa. Bahkan, kalau hari raya pun, muruku ada juga dihidangkan sebagai snek di hari raya.

Ikuti perkongsian resipi daripada puan Hamizah Yatim‎ ini. Selamat mencuba.

MURUKU HOMEMADE

Bahan-bahan:

4 kampit tepung muruku – 

2 kampit tepung pulut – boleh beli online di sini

1 kampit tepung beras – boleh beli online di sini

3 genggam jemuju *

1 kotak santan kecil* – boleh beli online di sini

2 biji telur *

3 genggam bijan*

7 sudu makan planta*

1 paket kecil serbuk cili*

2 sudu makan garam*

Air secukupnya

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara memasak Muruku Homemade:

Satukan semua tepung dalam satu bekas yang besar. Masukkn planta. gaul sebati. Kemudian masukkan bahan bertanda (*).

Kemudian masukkan santan dan akhir sekali masukkan air sikit demi sedikit. Adunan jangan keras atau lembik sangat. Nanti muruku jadi tak cantik pulak.

Kalau keras, nanti ketika nak putar dalam acuan jadi susah. Atau jadi berat. Kalau lembik sangat, nanti nak angkat daripada dulang, adunan muruku akan pecah. Jadi, kena pandai agak-agak ye.

Setelah siap adunan muruku, bolelah masukkan ke dalam acuan muruku (boleh beli online di sini) dan bentukkan. Bubuh di atas belakang dulang atau di atas daun pisang.

Selepas itu, panaskan minyak dan bolehlah goreng. Api jangan terlalu besar ye. Goreng hingga ia kekuningan dan masak. Siap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

IKLAN