Murtabak Mini Rangup Guna Kulit Popia Je, Makan Panas-panas Memang Mantap!

Share

Murtabak mini rangup, buat hidangan minum petang anda dan keluarga memang sedap. Guna kulit popia sahaja mudah untuk disediakan. Makan panas-panas dengan kuah kari atau cuka bawang memang mantaplah!

MURTABAK MINI

BAHAN-BAHAN INTI:

  • 500 gram isi ayam / daging di cincang
  • 5 biji kentang di potong dadu
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1 ulas bawang putih di hiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji bawang besar di potong dadu
  • Hirisan daun sup
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit minyak masak utk menumis.

 

CARA MEMASAK INTI:

1. Panaskan kuali. Tuangkan sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.

2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.

4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika suka boleh letakkan serbuk perasa).

5. Masak hingga betul-betul kering. Sejukkan dan sedia uuntuk langkah menyediakan murtabak mini.


CARA MENYEDIAKAN MURATABAK MINI:

1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.

2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.

3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan inti yang di campurkan dengan telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah-tengah kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dlm kuali.

4. Untuk masak panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka boleh letak minyak banyak tapi bagi yanh yang tidak suka berminyak boleh letak sedikit sahaja. Jadi ikut selera masing-masing.

5. Bakar sehingga masak. Balik-balikan dan bila sudah masak bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap.

INFO: Sedap makan masih ketika panas kerana kulit masih rangup.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Roshima Ibrahim Shima

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

IKLAN