Muffin Banana Coklat Chip Gebu & Lembut. Mudah DiBuat.

Share

Musim PKPB ni anak-anak semua tak sekolah. Apa kata ajak mereka sama-sama ke dapur belajar buat Muffin Banana Cholate Chip dengan resipi mudah ini dari FB Azlina Ina Fans.

Muffin ni gebu dan lembut ni beraroma wangi, sedap dengan rasa pisang dan makin mantap dengan taburan coklat cip. Memang tertambat selera melihatkan muffin comel ini.

Okay jom ajak anak-anak bantu baking di dapur, berbaloi dicuba. Mudah aje.

MUFFIN GEBU BANANA CHOCOLATE CHIP



.

BAHAN-BAHAN :

Bahan hiasan:

  • secawan coklat chip – beli online DI SINI

Bahan A

  • 1 cawan pisang | dilecek-  beli online DI SINI


.

Bahan B

  • 1 cawan mentega | dicairkan – beli online DI SINI
  • 2 cawan tepung self rising – beli online DI SINI

Bahan C

  • 2 biji telur gred A (kalau saiz B, 3 biji)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu besar ovalate – beli online DI SINI
  • sedikit esen pisang
  • 3 sudu besar susu pekat – beli online DI SINI

CARA MEMASAK :
1. Pukul bahan C sampai putih gebu


2. Tambah susu pekat dan adun lagi.
3. Matikan mixer @ mesin pengadun, masukkan mentega cair tadi dan berselang seli dengan tepung.
4. Akhir sekali masukkan pisang lecek, kacau guna senduk aje.

5. Isikan dalam bekas muffin atau aluminion foil, 3/4 baru naik cantik.
6. Panaskan oven suhu 170 darjah C dan 30 minit, api atas dan bawah.
7. Keluarkan bila dah masak, sajian siap dihidang


* Kata Azlina muffin ini boleh aje jual satu RM2. Boleh tambah pendapatan musim PKPB ini.


.

Kredit : Azlina Ina Fans

INGIN MEMBELI OVEN TERBARU, JOM BELI DI SINI

JOM TENGOK VIDEO MASAKAN YANG MENARIK SELERA INI, LEBIH BANYAK LAGI VIDEO DI YOU TUBE @ Majalahrasaofficial

DAN RESIPI-RESIPI MENARIK INI :

IKLAN