Mudahnya Nak Buat Resipi Agar-Agar Cadbury, Guna 4 Bahan Je

Share

Agar-agar antara menu wajib ada bagi kebanyakan mereka yang sukakan menu pencuci mulut yang manis dan sejuk.

Apa kata, anda cuba resipi agar-agar Cadbury ini kerana ia sangat mudah disediakan dan sedap.

Resipi yang dikongsi Umi Watie ini, pasti anak-anak suka. Boleh simpan untuk buat pada bulan Ramadan nanti.

 

AGAR-AGAR CADBURY

BAHAN-BAHAN:

10gm serbuk agar-agar – beli online di sini


4 pek Milo 3 in 1
30gm cadbury milk chocolate
5 cawan susu segar

TONTON Ayam Masak Bali | Dapur Rasa Live

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live

 

CARA-CARA: 

1. Masukkan susu dalam periuk, masukkan agar-agar, kacau rata dan renehkan atas dapur guna api perlahan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


2. Asingkan dua cawan dari adunan susu tadi, masukkan Milo 3 in 1. Kacau hingga milo larut.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Milo dah larut masukkan coklat cadbury. Kacau sampai sebati.


4. Setelah siap, masukkan dalam bekas yang sesuai, selang selikan setiap lapisan bermula dengan lapisan putih.


5. Sejukkan dulu setiap lapis dalam peti sejuk lebih kurang 2 minit sebelum dituangkan lapis seterusnya.
6. Lakukan hingga habis dan hiaskan di atas dengan bebola coklat untuk lebih cantik.

7. Sejukkan dalam peti sejuk. Setelah sejuk sedia dihidangkan.

Kredit resipi: Umi Watie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN