Mudahnya Buat Puding Triffle Versi Mini, Enak Dimakan Sejuk

Share

Kek Swiss Roll bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah enak dijadikan puding triffle dan dimakan sejuk.

Resipi yang dikongsikan oleh Yusma Mustafa ini boleh menghasilkan 25 cup kecil. Memang sedap. Jika tak mahu menggunakan buah koktel, boleh juga gantikan dengan buah tin lain seperti buah pic, laici atau longan.

Bahan dan cara-caranya juga sama jika hendak membuatnya menggunakan bekas atau loyang.

BAHAN-BAHAN:

Kek Swiss Roll (pilih warna hijau pandan)

1 tin buah koktail – Boleh beli online di sini

1 kotak Kristal Jeli (Nona – perisa strawberi dan raspberi)

1 tin susu cair – Boleh beli online di sini

1 cawan tepung kastard – Boleh beli online di sini

1 cawan air

½ cawan gula

CARA MEMASAK:

Potong kek swiss roll, kemudian isikan ke dalam cup. Terpulang kepada anda nak potong kek mengikut ketebalan yang disukai. Anggaran ¼ tinggi cup sudah sedang elok.

Tuangkan adunan kastard begini. Untuk membuat adunan kastard, campurkan 1 tin susu cair, 1 cawan tepung kastard, 1 cawan air dan ½ cawan air.

Kacau di bawah dulu, kemudian baru kacau di atas dapur yang telah dibuka api. Kena kacau jangan berhenti dengan menggunakan api kecil sehingga likat, berkilat dan keluar letup-letup.

Kalau nak cair sikit, air boleh masukkan 2 cawan.

Tapiskan air buah koktel. Kemudian, susun buah koktel di atas lapisan kastard.

Tekan-tekankan sikit buah koktel menggunakan sudu agar separuh tenggelam masuk ke dalam lapisan kastard.

Tuangkan jeli. Cara untuk membuat jeli, campurkan serbuk jeli dengan 400ml air. Masak sehingga larut dan mendidih. Jika guna dua kotak, gandakan air.

Kena tuang perlahan-lahan atau ceduk menggunakan senduk untuk elak buah koktel terapung-apung.

Tutup cup dengan penutup dan bolehlah disejukkan. Nampak kan 3 lapisan warna macam lampu isyarat tu? Lagi sejuk, lagi sedap.

Kredit: Yusma Mustafa

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN