Mudah Je Nak Buat Portuguese Egg Tart, Guna Kulit Pastri

Share

Teringin nak menikmati kuih atau pastri, kini tak perlu lagi bersusah payah keluar ke bakeri. Simpan saja pastry puff readymade buat stok dan Portuguese Egg Tart anda akan sedia untuk dinikmati.

Mudah sahaja untuk membuatnya. Asalkan kulit pastri tersedia di dapur rumah anda. Untuk menghasilkan Portuguese Egg Tart yang sedap dan mudah ini, ikuti perkongsian resipi daripada Bam Azimad.

Pasti tak menyesal, malah berbaloi-baloi kerana anda akan memperoleh kuantiti yang lebih banyak. Puas menikmatinya sambil boleh berkongsi bersama jiran dan rakan-rakan.

PORTUGUESE EGG TART / MACAU TART

BAHAN-BAHAN:

Kulit pastry puff readymade Boleh beli online di sini

4 biji telur gred A

250ml susu full cream / susu cair – Boleh beli online di sini

150ml air

120g gula kastor

1 sudu besar tepung – Boleh beli online di sini

Esen vanila

CARA MEMASAK:

Satukan semua bahan bertanda (*) di atas dan tapiskan.

Kemudian, canai kulit pastri tetapi jangan terlalu tipis.

Gunakan sebarang alat yang sesuai untuk mendapat bentuk bulat begini.

Tekan kulit pastri ke dalam acuan.

Kemudian, tuangkan bancuhan telur ke atas pastri yang telah dibentuk. Boleh tambah pewarna kuning untuk lebih cantik. Mudah saja, bukan?

Ini keadaan egg tart yang sedang bersauna di dalam oven. Bakar guna api atas dan bawah. Suhu 180 – 200 selama 40-50 minit atau sehingga masak.

Makan ketika masih panas lebih sedap.

Dah siap. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: Bam Azimad

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN