Mudah Je Nak Buat Kuih Tradisional Beluda & Sedap Makan Panas-Panas

Share

Roti Beluda merupakan sejenis kuih tradisional yang terdapat di Terengganu. Beluda ini dikatakan berasal dari hidangan istana.

Berbeza dengan roti paung, roti beluda dibakar di dalam tin susu. Namun menerusi perkongsian daripada Muliadi Ramli, dia menggunakan cawan besi.

 

CARA BUAT ROTI BELUDA

BAHAN A:

250gm tepung gandum
1 paket yis mauripan – beli online di sini
500ml air
150gm gula


*Semua bahan di atas diadun hingga sebati. Ketepikan untuk 1 jam

TONTON Nasi Lemak Ayam Salted Egg & Nasi Ayam Blackpepper Di Temerloh Catering

TONTON Roti Wholemeal Walnut Bersama Chef Ritzuwan Syde Rosmada

BAHAN B:

500gm tepung gandum – beli online di sini
4 biji telur
200gm gula
4 sudu besar susu pekat – beli online di sini
*Semua bahan B diadun sebati. Kemudian dicampur dengan bahan A. Adun sebati sekali lagi.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN C

2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega – beli online di sini


1 sudu besar marjerin – beli online di sini
½ cawan susu cair – beli online di sini
*Masukkan bahan C ke dalam adunan campuran A dan B tadi. Biarkan 1 ke 1.5 jam.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMBUATNYA:

1. Sapukan cawan besi dengan marjerin (ada orang guna tin susu).


2. Masukkan bahan tadi 2/3 sahaja daripada cawan besi. Gunakan suhu 150C ke 160C. Bakar sekitar 30 ke 35 minit bergantung kepada ketuhar. Siap untuk dihidangkan panas-panas.

Kredit resipi & foto: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN