Mudah & Cepat Masak. Resipi Ikan Selar Rendang Padang Ni Memang Sedap.

Share

Andai tak ada idea nak masak apa, menu Ikan Selar Masak Rendang Padang yang min kongsikan dari saudari Nor Shafinaz Radzuan ni pasti boleh buka selera. Mana tidaknya, guna bahan-bahan simple je tapi sedapnya tu luar biasa! Sangat mudah dengan menggunakan hanya 4 bahan boleh siap satu hidangan yang buat anda bertambah selera.

 

CARA MASAK IKAN SELAR MASAK RENDANG PADANG

 

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3-4 ekor ikan selar – lumur sedikit garam & kunyit
  • 1 keping asam gelugur @ keping

CARA MEMASAK:

1. Mula mula goreng ikan selar sehingga garing.

2. Tumbuk cili padi dengan sebiji bawang sehingga separa lumat

 

3. Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elakkan sambal hangus. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang ditumbuk tadi.

4. Masukkan asam keping.

5. Masukkan garam ikut suka hati dan penyedap makanan.

6. Selepas sambal tadi separa masak, masukkan ikan selar yang di goreng tadi.

7. Biarkan sebentar ikan itu sebati di dalam sambal. Agak agak dah masak tu boleh la angkat. Siap !

 

Kredit resipi & foto: ‎Nor Shafinaz Radzuan

JOM CUBA RESIPI LAIN JUGA:

IKLAN