Ads

Jangan Buang SANTAN Masam, Boleh Guna Buat Minyak Kelapa!

Beli santan tapi bila periksa dah masam pula, kalau sikit tak mengapa lagi tapi kalau banyak berkilo-kilo rugi pula rasanya.

Kalau lagi sekali terbeli santan yang sebegini  jangan terus buang. Kita boleh guna untuk buat minyak kelapa.

Boleh guna untuk rambut dan kulit kering, atau jadi minyak untuk urutan. Minyak kelapa semula jadi lagi elok. Cara membuatnya dikongsi oleh Yatie Rahim.

Guna santan masam buat minyak kelapa

Jangan Buang SANTAN Masam, Boleh Guna Buat Minyak Kelapa!

 

Siap dah santan masam kami. Terima kasih semua bagi idea. Dah nak buang dah santan. Elok saja kejadian minyak, bersih tiada bau. Boleh letak pada rambut, siapa kena macam saya boleh la buat cara ni.

Ads
  1. Panaskan santan masam guna api perlahan.

2. Biarkan santan sampai pecah minyak. Proses ini memang lama dan kena kacau selalu.

Jangan Buang SANTAN Masam, Boleh Guna Buat Minyak Kelapa!

 

Ads

4. Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan. Tutup api.

5. Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak saja.

Jangan Buang SANTAN Masam, Boleh Guna Buat Minyak Kelapa!

Ads

 

TIP: Sebelum masak, boleh juga letak santan masam dalam peti sejuk dulu. Bila kepala santan timbul, kaup dan guna ini saja untuk dipanaskan. Tak perlu guna airnya. Cara ini lebih cepat.

Tahi minyak tadi boleh guna untuk buat kole kacang, atau masuk dalam sambal.

Sumber: Yatie Rahim

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Resipi RENDANG DINDING PERAK Sedap, Air Tangan Toh Puan Raja Noora...

Berdarah keturunan bangsawan dari Negeri Perak, Yang Mulia Toh Puan Raja Dato' Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah yang juga merupakan isteri kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ke-9, Tun Ramli Ngah Talib ini ada berkongsi resipi untuk membuat Rendang Dinding Perak ini.