Minum Petang Dengan Pulut Dakap, Kuih Kegemaran Orang Utara

Share

Pulut dakap ini berasaskan pisang yang dibalut dengan pulut. Kuih tradisional yang lazimnya dijadikan menu ketika minum petang. Orang di bahagian utara pasti menggemarinya.

Perkongsian daripada Sy Crab untuk menghasilkan pulut dakap ini memang mudah. Cepat sahaja siap dan dah boleh menikmatinya. Jom kita cuba.

PULUT DAKAP

BAHAN-BAHAN:

2 cawan beras pulut – Boleh beli online di sini

1 cawan santan – Boleh beli online di sini

1 sudu besar gula

1 sudu teh garam – Boleh beli online di sini

Pisang awak

CARA MEMASAK:

Rendamkan beras pulut selama 3 jam.

Kemudian, toskan dan kukus sehingga masak.

Sediakan mangkuk besar. Masukkan pulut yang telah dimasak tadi ke dalamnya lalu campurkan dengan santan.

Gaulkan sebati. Biarkan seketika dalam masa 10 minit.

Sementara itu, pisang awak dibelah dua bahagian.

Sediakan daun pisang. Letakkan pulut dan kemudian pisang di atasnya.

Setelah itu, balut untuk menutupi pisang.

Ikat pulut dan kukus selama 20 minit.

Dah siap. Senang saja resipi pulut dakap ini,

Kredit: Sy Crab

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN