Roti Expired! Buat Mini Sandwich Frozen Rangup Diluar Lembut Didalam

Share

MINI SANDWICH SARDIN
Roti yang sudah atau hendak expired jangan dibuang. Elak pembaziran jadi olah di jadikan mini sandwich dan boleh dijadikan stok frozen.

  • Roti
  • Sardin
  • Marjerin
  • Kulit popia

 

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Sapukan margerin pada roti.

 

2. Roti dibahagikan kepada dua bahagian

 

3. Bubuh inti pada roti. Kali ini guna sardin tapi boleh kalau mahu pakai inti lain. Jangan banyak sangat nanti masa hendak melipat habis inti terkeluar.

4. Roti yang sudah ada inti dilipat dua.

 

5. Ambil kulit popia, lipatkan roti tadi dan gamkan gunakan bancuhan tepung gandum dengan sedikit air. Kalau nak pakai putih telur pun boleh.

 

INFO:

  1. Selepas gam perlu keringk dahulu takut nnt melekat masa nk susun dlm bekas..take noted
  2. Sudah siap bolehlah susun dalam bekas dan dimasukkan dalam fridge
    . Jika mahu goreng tinggal ambik sahaja dalam fridge.
  3. Inti masak macam biasa atau ikut citarasa anda.



KREDIT RESIPI & GAMBAR:  
Arieza Rieza 

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

IKLAN