Mini Rainbow Roll Cake Viral Comel Sangat Sampai Sayang Nak Makan

Share


Sangat comel dan cantik mini rainbow roll cake kukus. Sesuai untuk majlis hari jadi dan sebagai hantaran perkahwinan. Bila dihidangkan memang sekelip mata hilang jadi rebutan tetamu.

MINI RAINBOW ROLL CAKE

1 loyang 8″ lapik dengan kertas

  • 6 butir telur
  • 200 gram tepung
  • 150ml minyak masak
  • 200 gram gula
  • 60ml santan atau susu cair (susu tepung campur air suam)
  • 1 sudu makan Ovalet
  • 1 sudu esen vanila
  • sedikit garam


CARA MEMBUAT:

  1. Satukan telur, ovalet, gula, vanila dan garam ke dalam mixer dengan kelajuan tinggi sampai mengembang.
  2. Setelah bahan pertama mengembang masukan tepung sedikit demi sedikit sambil di mixer kelajuan sederhana dan sambil di kacau hingga 10 minit. Hentikan mixer.
  3. Masukan minyak beserta santan atau susu (jangan di mixer) cukup kacau guna spatula hingga rata.
  4. Bila sudah siap bahagikan adunan kepada 6 bahagian berikan pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
  5. Kukus adunan ikut turutan. Setiap 1 lapisan 10 minit. Selepas itu tuang dengan adunan warna lain dan seterusnya sampai selesai. Untuk kukusan lapisan terakir lebihkan masa 15 minit untuk masak sekata.
  6. Apabila kek sudah masak keluarkan panas-panas dari loyang.
  7. Kemudian potong kek nipis gunakan pembaris panjang dan potong dengan kemas.
  8. Filling boleh letak kegemaran anda seperti cream cheese, coklat, atau sebagainya. Gulung dengan kemas

INFO: 

  1. Masa keluar dari pengukus terus terbalikan kek dan hati-hati kek panas. Kemudian potong nipis-nipis dalam anggaran 0.5cm. Kalau tebal masa gulung mesti patah.
  2. Untuk elakkan patah masa menggulung gunakan kain lembab.

KREDIT RESIPI: Aznie Khasri

KREDIT GAMBAR: Hasmona Abu Hassan

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/kek-pandan-gula-melaka-citarasa-asli-malaysia/

IKLAN