Wow, nampak sedap sup ikan bambangan yang Marsha masak dalam rancangan RASA Anak Emak, Anak Bapak episod 8 tadi kan? Siapa tonton rancangan tersebut yang bersiaran jam 1 petang tadi?

Milan Londoh Bagi Lima Bintang Untuk Sup Ikan Bambangan Masakan Marsha

Terima kasih pada Encik Milan Londoh iaitu bapa kepada Marsha Milan yang sudi datang dari Sabah untuk menjayakan penggambaran rancangan masakan yang menampilan ibu bapa bersama anak selebriti mereka.

Milan Londoh Bagi Lima Bintang Untuk Sup Ikan Bambangan Masakan Marsha

IKLAN

Kali ini, Marsha memasak sup yang pedas dan masam mengikut kepada cita rasa bapanya yang dipanggil daddy itu. Kata Marsha, bapanya memang suka sup apatah lagi kalau rasanya masam dan pedas. Tidak seperti ibunya yang kurang gemar sup pedas.

Milan Londoh Bagi Lima Bintang Untuk Sup Ikan Bambangan Masakan Marsha

“Saya dan daddy memang suka lauk sup. Kalau rasanya pedas-pedas, lagi kamu suka. Kiranya seleras saya dengan daddy ni sama. Terima kasih daddy kerana bagi lima bintang pada sup ikan bambangan yang Marsha masak tadi.

Memang dah lama tak masak untuk daddy. Lagi-lagi sekarang kami dah tinggal asing. Saya dah kahwin dan ada life sendiri. Jadi peluang masak untuk daddy dalam rancangan ni, sangat seronok. Lima bintang!” jerit Marsha gembira dengan komen daddynya.

Lebih istimewa, Marsha masak sup ini menggunakan buah bambangan yang dibawa oleh bapanya dari Sabah. Kalau korang di sini yang tak jumpa buah bangan, boleh ganti dengan mangga muda.

IKLAN

Nah, kami berikan resipi Sup Ikan Bambangan yang dimasakkan oleh Marsha untuk daddynya seperti dalam rancangan RASA Anak Emak, Anak Bapak.

 

SUP IKAN BAMBANGAN

Milan Londoh Bagi Lima Bintang Untuk Sup Ikan Bambangan Masakan Marsha

IKLAN

BAHAN-BAHAN
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (hiris)
Air
Ikan merah
Bunga kantan (dihiris)
Tauhu
Tomato
Cili putih (cili ini tidak pedas dan boleh dijadikan sayur dalam sup)
Mangga muda atau buah bambangan

CARA MEMBUAT
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan air sebagai kuah.
3. Masukkan ikan merah. Biarkan ikan masak.
4. Masukkan bunga kantan, tauhu, tomato, cili putih dan mangga muda atau buah bambangan.
5. Biarkan mendidih dan matikan api.

Milan Londoh Bagi Lima Bintang Untuk Sup Ikan Bambangan Masakan Marsha

Milan Londoh Bagi Lima Bintang Untuk Sup Ikan Bambangan Masakan Marsha

Jangan lupa saksikan episod seterusnya rancangan RASA Anak Emak, Anak Bapak setiap Khamis jan 1 petang di Saluran Astro Prima dan Prima HD.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI