Mi Segera Goreng Campak-Campak Tapi Penuh Bergaya

Share

Menu cepat yang boleh kita terfikir bila tiba-tiba lapar. Ubah supaya tidak bosan dengan cara makan mi segera yang biasa.

MI SEGERA GORENG CAMPAK-CAMPAK

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji bawang putih – diketuk
  • 3 biji cabai melaka -diketuk
  • 2 sudu makan sos cili
  • Sos tiram – agak-agak
  • Kicap pekat – agak-agak
  • Kuib pati ayam- secukup rasa
  • Udang
  • Sotong
  • Sawi
  • Taugeh
  • Sebungkus mi segera

BAHAN HIASAN

  • Telor mata kerbau
  • Daun bawang
  • Limau nipis
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Rebus mi segera dan toskan.
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap pekat, kuib pati ayam dan cabai melaka. Tumis sekejap.
  4. Selepas itu masukkan sotong dan udang. Gaul sekejap.
  5. Masukkan mi segera dan sawi. Gaul hingga sebati.
  6. Tutup api dan akhir sekali baru letakkan taugeh.
  7. Hidangkan bersama-sama bahan hiasan lain.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Juma Natull 

 

IKLAN