
BAHAN-BAHAN
- 2 sudu makan minyak jagung atau secukupnya
- 50 gram bawang merah | dihiris
- 50 gram bawang putih | dicincang
- 100gram udang | dikupas dan bersihkan
- 1 biji telur | dipukul
- 1 pek Mi MAGGI® 2-Minit Kari | direbus tanpa rencah
- 1 paket perencah Mi MAGGI® 2-Minit Kari
- 1 sudu teh kicap manis atau secukupnya
- 1 sudu makan air atau secukupnya
- 30 gram sayur sawi | dihiris
- 30 gram kubis | dihiris
- 20 gram lobak merah | diparut
- 30 gram tauhu | dipotong dadu dan digoreng
HIASAN
- 2 biji limau kasturi, dipotong dua
- 3 sudu besar daun bawang, dihiris
- 20 gram cili merah, dibuang biji dan dihiris
CARA MEMASAK
- Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih.
- Pecahkan telur dan masukkan udang, tumis sehingga masak.
- Masukkan Mi MAGGI yang direbus, perencah MAGGI Kari, kicap, air. Gaulkan rata seketika.
- Masukkan sayur sawi, kobis, lobak merah, dan tauhu. Gaulkan semua bahan sehingga rata dan masak.
- Hidangkan bersama limau kasturi, daun bawang dan cili merah.
INFO:
- Penyediaan & Masa Memasak: 20 minit
- Hidangan: 1 orang
- Seorang: 35g Protin, 41.2g lemak, 77.6g kabohidrat, Tenaga 811 Kcal
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gulai Ikan Talang Tumis Darat

Cara Masak Gulai Ikan Talang Tumis Darat Paling Sedap & Tak Muak
Ikan Talang Masin sesuai dimasak dengan pelbagai gaya masakan seperti goreng, kari, masak asam dan sebagainya. Paling sedap tentulah masak Gulai Ikan Talang Tumis Darat ni. Bahan-bahannya cukup mudah dan senang diperolehi. Rasanya pun tak muak. Memang sesuai sangat dijadikan hidangan keluarga tercinta.
GULAI IKAN TALANG TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN
- 300gm ikan masin talang | direndam sejam dan ditoskan
- 400ml santan
- 3 sudu makan air asam jawa
- 3 sudu makan rempah kari ikan
- 1 biji bawang besar | kisar halus
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- Air secukupnya | jika perlu
- 2 biji tomato | belah 4
- 1 biji terung panjang | potong kecil
- 2 biji cili hijau | belah 2
- 2 kiub IKAN BILIS MAGGI
BAHAN-BAHAN TUMIS
- 2 sudu makan minyak masak
- 5 ulas bawang merah | mayang halus
- 3 ulas bawang putih | mayang halus
- 1/2 sudu teh halba campur
- 2 tangkai daun kari
- Garam | jika perlu
CARA MEMASAK
- Satukan santan, air asam jawa, rempah kari ikan dan bahan kisar halus lalu didihkan sehingga hilang bau rempah.
- Masukkan ikan masin talang dan didihkan lagi dengan api kecil sehingga ikan masak. Tambah air kalau kuah terlalu pekat. Kuah gulai haruslah sedikit cair.
- Masukkan tomato, terung dan cili hijau.
- Masukkan kiub IKAN BILIS MAGGI dan sesuaikan rasanya. Tutup api.
- Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak masak.
- Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Tambah sedikit garam jika perlu.
- Tuangkan bahan tumisan berserta minyaknya sekali ke dalam periuk berisi kuah gulai ikan masin talang tadi. Tutup periuk dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba!
Aneka Resipi Ikan

Tiga Resipi Ikan Goreng Ala Restoran Yang Mudah & Cepat Masak
Bila sebut ikan goreng, pasti terbayang ikan goreng kunyit je. Sebenarnya dengan ikan goreng ni, macam-macam hidangan enak boleh dihasilkan. Makan dengan nasi panas je pun dah buka selera. Rasanya cukup sedap. Persis air tangan mak-mak. Jadi sesuai sangatlah masak untuk ahli keluarga.
IKAN GORENG CILI KERING
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ikan siakap | bersihkan dan kelar-kelar
- 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa | Untuk perapan ikan
- 10 biji cili kering | hiris halus
- 1 batang lobak merah | hiris memanjang
- 1 tangkai daun bawang | hiris memanjang
- 1 biji bawang Holland | mayang halus
- 2 sudu makan serbuk kari
- 3 sudu makan air
- 4 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh gula perang
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan MAGGI® Cukup Rasa
CARA MEMASAK
- Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan satu sudu makan MAGGI® Cukup Rasa, gaul sebati.
- Tabur tepung jagung secukupnya. Goreng ikan di dalam minyak yang banyak hingga garing Angkat dan
- Di dalam kuali lainpanaskan sesudu makan minyak, tumis bawang dan cili kering hingga wangi. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Biarkan mendidih.
- Masukkan lobak merah, daun bawang serta 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa. Tumis beberapa minit hingga semua bahan sebati.
- Tuang campuran lobak merah tadi ke atas ikan goreng dan hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Cili kering hendaklah digunting nipis dan buang bijinya supaya tidak memberikan rasa yang terlalu pedas.
IKAN GORENG RAMPAI
BAHAN-BAHAN A
- 2 ekor ikan selar/kembung | dibersihkan
- 1/2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa | Untuk perapan ikan
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 1 biji cili hijau | hiris nipis
- 5 biji cili padi | hiris nipis
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 tangkai daun kari
- 2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
CARA MEMASAK
- Lumur serbuk kunyit dan tabur setengah sudu teh MAGGI® Cukup Rasa ke atas ikan.
- Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan hiris bersama daun kari, jintan manis dan jintan putih hingga wangi.
- Tambahkan dua sudu teh MAGGI® Cukup Rasadan gaul sebati.
- Tuang bahan-bahan goreng tadi ke atas ikan goreng. Perahkan sedikit lemon jika suka dan hidangkan.
TIPS DI DAPUR:
- Untuk mendapatkan ikan goreng yang rangup, pastikan ikan dikelar-kelar dan air basuhan disejatkan sepenuhnya.
- Jika ikan mengandungi air berlebihan, ini melambatkan proses menggoreng dan tekstur ikan akan menjadi lembap dan tidak garing.
IKAN GORENG TAUCU KICAP
BAHAN-BAHAN
- 3 potong ikan kerapu/senangin
- 1 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa | Untuk perapan ikan
- 1/2 cawan taucu | toskan airnya
- 4 sudu makan kicap manis
- 1 biji timun | buang empulur & potong memanjang
- 6 biji cili padi | ketuk
- 1 biji cili merah | potong serong
- 1 biji bawang besar | potong bulat
- 2 sudu teh MAGGI® Cukup Rasa
CARA MEMASAK
- Lumur ikan dengan satu sudu teh MAGGI® Cukup Rasa.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi.
- Masukkan ikan goreng, taucu, kicap pekat manis, timun, cili padi dan cili merah. Biarkan masak masak beberapa minit hingga semua bahan sebati. Tambah sedikit air jika perlu
- Tambahkan dua sudu teh MAGGI® Cukup Rasa. Gaul sebati dan hidangkan.
TIPS DI DAPUR: Sebaiknya taucu hendaklah dicuci dan buang airnya. Ia bertujuan untuk mengelakkan rasa masin berlebihan pada masakan. Tak perlu tambah garam lagi kerana taucu dan kicap sudah sedia masin.
Selamat mencuba!
Meraikan 20 Tahun Majalah Rasa Dengan KELAB RASA EMASKU BERSAMA MAGGI®

RASA dan MAGGI® sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan menganjurkan kempen KELAB RASA EMASKU Bersama MAGGI® bagi memberi peluang kepada para pembaca mengisi masa di waktu pandemik ini dengan pelbagai aktiviti menarik dan pada masa yang sama berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah ganjaran wang tunai.
Kempen yang berlangsung dari Julai hingga Oktober tentunya harus menjadi salah satu aktiviti yang wajib anda sertai. Ini kerana pelbagai pengisian menarik telah dirangka dan memang rugi kalau anda tidak turut serta!
Antara aktiviti yang diadakan dalam kempen ini adalah perkongsian 6 VIDEO MINIT EKSPRESS istimewa buat anda yang suka memasak. Resipi-resipi yang dikongsi cukup mudah dan enak. Maklumlah, buntu juga bila asyik masak menu yang sama. Jadi, seleksi video Minit Ekspress ini pastinya membantu memberi idea dalam menyediakan sajian yang mudah, sedap dan berkhasiat buat keluarga tercinta.
Sepanjang Julai yang lalu, telah berjalan PERADUAN KONGSI TIP MASAKAN yang mana dua pemenang bertuah telah dipilih dan berjaya memenangi hadiah berupa wang tunai RM500! Wow…Memang rezeki.
Ada yang tak sempat nak join? Jangan risau, ada lagi peraduan-peraduan menarik yang menanti anda.
Di bulan Ogos ini akan bermula PERADUAN CARI BUNGKUSAN EMAS dan juga PERADUAN SNAP MOMEN EMAS Bersama MAGGI® pada bulan September nanti. Mudah sangat peraduannya dan ganjarannya juga lumayan. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyertai peraduan-peraduan ini kerana seleksi hadiahnya sangat menarik dan berbaloi untuk anda menangi.
Bagi anda yang suka belajar memasak, kempen KELAB RASA EMASKU Bersama MAGGI® juga akan menganjurkan KELAS MASAKAN yang dibawakan khas oleh MAGGI®.
Bakal dijalankan sebanyak 3 siri bermula Ogos hingga Oktober, kelas masakan secara atas talian (online) ini menampilkan barisan chef tersohor tanah air iaitu Chef Imelda, Chef Zam Akmal dan Chef Suwarsi M Arukin yang akan berkongsi pelbagai menu-menu istimewa dengan anda. Memang rugi jika tidak sertai. Malah kelas masakan ini juga akan dikendalikan oleh pengacara terkenal yang bakal menceriakan lagi suasana.
Kelas masakan ni bukan biasa-biasa tau. Selain dapat ilmu dari chef terkemuka, para peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa! Memang rugi kalau sertai.
Oh ya… RASA dan MAGGI® juga menyediakan 1000 sample HADIAH PERCUMA buat anda. Dapatkannya sementara stok masih ada.
Macam mana nak sertai semua aktiviti menarik ini? Mudah sahaja. Layari laman web https://www.rasa.my/maggi-rasa-peraduan/ dan juga FB Majalah RASA https://www.facebook.com/majalahrasa/ untuk update terbaru mengenai KELAB RASA EMASKU Bersama MAGGI®.
Jangan ketinggalan ya!