Mi Kungfu, Masakan Simple Tapi Pikat Selera

Share

Senang je nak buat mi kugfu ni. Ini resipi untuk buat sepinggan besar mi kungfu. Memang sedap dan senang. Boleh dibuat untuk makan pada bila-bila masa. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam.

MI KUNG FU

**media[42703]**

BAHAN MI
• Minyak masak untuk menggoreng
• 200 gram mi kuning
• 2 biji telur ayam

BAHAN HIASAN
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis

BAHAN KUAH
• Minyak masak untuk menumis
• 3 ulas bawang putih (diketuk)
• 100 gram isi ayam (dipotong kecil)
• 5 ekor udang (dibuang kulit)
• 2 ekor sotong dipotong bulat
• 2 cawan air
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 sudu makan sos tiram
• 3 batang baby corn (dipotong memanjang)
• Lobak merah (dipotong panjang dan halus)
• Brokoli (dihiris kecil)
• Bunga kobis (dihiris kecil)
• 3 tangkai cili padi (diketuk)
• Serbuk lada sulah
• 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air suam)

CARA MEMBUAT MI
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan mi. Kemudian masukkan telur ayam.
2. Goreng mi sehingga kekuningan. Kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.

CARA MEMBUAT KUAH
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kacau sehingga masak.
3. Masukkan air, garam, gula dan sos tiram. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah dan bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit dan angkat.
5. Tuangkan kuah ke atas mi kungfu tadi.
6. Letakkan bahan hiasan. Sedia untuk dihidang.

Resipi Oleh unknown dari Telegram KakiMakan

IKLAN