
Tip Masak MI KARI Sedap Letak Udang Kering, Kuah Kena Pekat! Mi Kari antara hidangan yang sering disajikan setiap kali tibanya hari raya. Sesuai dihidangkan buat tetamu ketika datang beraya mahupun menu untuk rumah terbuka.
Ada pelbagai resipi dan cara nak buat Mi Kari. Namun salah satu tip nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.
Petua nak sedap mi kari kak yuyu ni satu ja. Udang kering.Lain orang lain cara kan.Alhamdulillah, sedap macam biasa.
Ma, bapak, anak-anak dan suami memang lajuuu menambah.
1. Blend bawang Besar, bawang putih, halia dan udang kering.
2. Nak rasa lemak-lemak sikit masuk kan seketul buah keras blend sekali.
3. Tumis sampai naik bau dan masukkan cili kering.
4. Dah pecah minyak baru masukkan rempah kari daging campur rempah kari udang.
5. Tumis sampai pecah minyak masukkan segala rencahnya ayam, kerang, sayur-sayur.
6. Kak yuyu letak lobak merah, kobis dan kacang panjang.
7. Lepas tu santan letak lebih sikit sebab mi Kari kuah kena pekat, kalau ceroi tak lajuuu makan.
8.Fish ball Dan fish cake kak yuyu goreng asing. Tak masak sekali dalam kuah. Saja la nak ada effect rangup-rangup masin.Kalau masak sekali nanti jadi gebu tak syok makan.
Telur rebus jangan lupa na. Bawang goreng, taugeh, cili merah potong Dan limau kasturi jangan lupa untuk meriahkan lagi hidangan.
RASA: Sedapnya makan mi kari. Sesuai buat untuk tetamu datang beraya. Nak Mi Kari sedap boleh campur dengan udang kering sikit dan kuah kena pekat seperti tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Yuhafiqah Mohd Yunus