Apa menu makan malam anda untuk hari ini? Buat yang tidak suka menu berat cukup hanya dengan menjamah mi yang berkuah dan juga kuih. Mi Nyonya ini memang istimewa dengan rencah yang menggoda rasa. Memang tak jemu makan. Sedap juga dapat nikmati kuih kegemaran ramai iaitu tepung pelita. Kalau disimpan dalam peti sejuk lagi nikmat rasanya.
Mi Kari Nyonya
Bahan-bahan:-
Minyak untuk menumis -BELI ONLINE DI SINI
3 potong dada ayam di hiris nipis2
Mi kuning (dicelur dalam air mengelegak)
50ml santan pekat
200gm tauhu goreng
100gm fish ball
100gm fish cake
1 liter air
Bahan-bahan kisar:-
10 ulas bawang merah )
3 ulas bawang putih )
1 1/2 inci halia ) dikisar
2 sudu makan udang kering )- BELI ONLINE DI SINI
1 batang serai (diketuk)
daun kari
50gm serbuk kari daging )jadikan pes
2 sudu makan cili kisar )
Bahan hiasan:-
Telur rebus
Daun pudina
Taugeh/Sawi
Ads
Cara memasak:-
1.Panaskan minyak
2.Tumiskan bahan-bahankisar, serai & daun kari sehingga naik bau
3.Masukkan bahan-bahan pes & kacau sehingga pecah minyak
4.Masukkan ayam dan kacau rata
5.Masukkan santan pekat dan 1 liter air
6.Biarkan mendidih masukkan tauhu goreng, fish ball & fish cake
7.Masukkan garam secukup rasa
Hidangkan dengan mi kuning yang telah dicelur dan hiaskan dengan telur rebus, daun pudina dan taugeh atau sawi
Tepung Pelita
Ads
Bahan-bahan untuk bahagian bawah (hijau)
1 cawan tepung beras (sis guna tepung beras cap bunga teratai kerana rasanya lebih sedap untuk membuat pencuci mulut)
5 cawan air daun pandan (yang telah dikisar)
1 cawan gula kastor
Secubit garam
Bahan-bahan untuk bahagian atas (putih)
1 cawan tepung beras -BELI ONLINE DI SINI
6 cawan pati santan
Garam secukup rasa
Cara memasak:-
1.Sediakan 24 biji kelongsong tepung pelita
2.Isikan sesudu teh gula di dalamnya.
3.Sementara itu sediakan bahan-bahan untuk bahagian bawah
Bahagian bawah:-
1.Campurkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati
2.Masakkan di atas api hingga pekat dan berkilat
3.Tutup api dan tuangkan separuh adunan ke dalam setiap kelongsong kuih sehingga habis
Ads
Bahagian atas:-
1.Satukan semua bahan-bahan untuk bahagian atas ke dalam periuk dan masak atas api sehingga pekat dan berkilat
Tuangkan adunan ke dalam setiap kelongsong tepung pelita sehingga habis
2.Sejukkan dan sedia untuk dimakan
Nota : Kuih ini tidak perlu dikukus. Semasa memasak adunan perlulah sentiasa dikacau supaya adunan tidak bergentel.
SELAMAT MENCUBA!
Resipi Ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour
Jika ingin membeli pengisar kering, boleh membelinya secara online DI SINI
Anda yang nak tahu bagaimana cara buat Kuetiau Ladna, ia sangat mudah dan cepat disediakan walaupun ada dua bahagian penyediaan. Pertama penyediaan kuetiau kicap dan kedua kuahnya. Macam mana caranya follow sahaja resipi yang disediakan di bawah ini. Anak-anak gerenti suka kerana ia tidak pedas dan sedikit berkuah. Resipi ini untuk kuantiti besar sesuai jika anda ingin bersedekah pada jiran-jiran.
KUETIAU TEOW LADNA BAHAN-BAHAN: 4 paket kuetiau | leraikan 2 sudu makan sos tiram 1/2cawan kicap lemak manis 1sudu makan sos ikan Sedikit air. BAHAN KUAH: 6 ulas bawang putih 1 cawan isi ayam | hiris 1cawan isi daging | telah direbus dan hiris
1 cawan udang | buang kulit
1 sudu makan sos ikan 2 biji telur 1 paket serbuk mee sup 3-4 cawan air Sedikit minyak untuk menumis 1 biji limau nipis | jus sahaja 3-4 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air Sayuran | cendawan hitam rendam hingga kembang dan gunting Sedikit kailan, kobis cina, lobak merah dan cendawan inoki.
CARA MEMBUAT:
Sediakan kuetiau, Panaskan kuali masukkan semua ketiau.
Campurkan kicap, sos tiram dan sos ikan dengan sedikit air, kemudian tuang dalam kuetiau.
Kacau rata atas api perlahan hingga semua bahan sebati. Tutup api, angkat dan ketepikan.
Sediakan kuah: Panaskan minyak , tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau.
Masukkan ayam, udang dan daging, kacau dan tambah air.
Setelah mereneh, masukkan serbuk perasa mi sup, lobak merah, batang kailan.
Perasakan dengan sos ikan, kacau dan biar mereneh. Baru masukkan cendawan hitam. Kacau lagi, kemudian masukkan pula cendawan hitam dan inoki.
Pecahkan telur ke dalamnya, kacau perlahan.
Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat dan mereneh.
Tutup api, dan tuangkan kuah ke atas kuetiau tadi.
Hidangkan cili potong yang digaul dengan sos ikan.
Bagi penggemar Donat Gula Klasik, resipi perkongsian saudari Mizzmoon Moon ini antara yang wajib anda cuba. Resipi ini sangat mudah, tidak menggunakan banyak bahan dan hasilnya memang lembut, gebu serta sedap. Jika anda mempunyai bread maker, gunakan sahaja untuk menguli doh. Namun jika tiada, uli menggunakan tangan pun boleh. Hasilnya tetap sama gebu dan elok. Jom cuba resipi ni, boleh buat untuk keluarga tersayang atau dijadikan jualan kecil-kecilan.
Resipi Donat Gula Klasik Yang Sedap, Lembut & Gebu
Bahan-Bahan Donat Gula Klasik:
160gm susu penuh krim
1 biji kuning telur gred A
40gm gula kastor
250gm tepung protein tinggi
1 sudu besar yis kering
30gm shortening
Cara Membuat Donat Gula Klasik:
Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Guna fungsi no.9 untuk menguli selama 30 minit atau uli guna tangan jika tiada mesin.
Bila adunan telah sebati dan kenyal, keluarkan dari bread maker dan timbang doh seberat 30 gram sebiji. Bulatkan doh supaya permukaannya licin.
Biarkan doh rehat seketika selama 10 minit, kemudian tekan dan leperkan sedikit. Buat lubang di tengahnya.
Rehatkan doh selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.
5. Goreng donat menggunakan api perlahan. Balik-balikkan sekali sahaja setiap permukaan supaya dapat bentuk ring donat yang cantik dan tidak menyerap minyak.
6. Setelah digoreng, angkat dan biarkan sejuk sebentar.
7. Kisar halus sedikit gula kastor, kemudian taburkan atau bedakkan pada donat yang telah sejuk.
8. Donat gula klasik yang gebu, lembut dan manis kini sedia untuk dinikmati.
Tip Donat Gula Klasik Gebu & Cantik:
Gunakan susu penuh krim sejuk untuk membantu tekstur doh lebih lembut.
Pastikan doh direhatkan cukup masa agar hasil akhir gebu dan ringan.
Gunakan shortening berkualiti atau campuran sedikit mentega untuk aroma yang lebih wangi.
Goreng dengan sabar menggunakan api kecil supaya warna donat sekata dan tidak berminyak.
Resipi Donat Gula Klasik ini memang sesuai untuk hidangan petang, minum pagi, atau dijadikan jualan kerana ia tahan lama dan kekal gebu walaupun setelah beberapa jam. Bau harum gula kastor pada donat pasti menggamit selera. Selamat mencuba!
Kuih lompat tikam memang sedap dimakan sebagai pencuci mulut. Enak dimakan sejuk-sejuk. Berbeza dengan lompat tikam versi Kelantan yang ada pulut merah, lompat tikam versi Terengganu tiada pulut.
Nak tahu cara membuatnya? Memang mudah dan ringkas, tapi sedap tak terkata. Ikuti resipi perkongsian daripada Min Haniyang diperoleh daripada ibunya. Jom kita cuba buat.
Setelah masak, tuangkan adunan ke dalam loyang yang sama.
Sejukkan, potong dan bolehlah dimakan.
Untuk kuah air gula, masakkan gula Melaka dan air sampai gula cair. Letakkan daun pandan yang disimpul. Dah sejuk, bolehlah dituangkan ke atas kuih tadi.
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.