Mi Jawa Kuah Pekat, Banyak Kali Dipanaskan Lagi Umph Rasanya

Share

Petang begini kalau dapat menu dari mee sedap juga. Dah bosan nak makan yang bergoreng kita cuba buat menu yang berkuah. Boleh cuba resepi mee jawa yang dikongsi oleh Marina Ismail

. Simple je bahan-bahan yang digunakan.Nak tambah letak cucur udang pun sedap. Kuah ni bila dipanaskan banyak kali. lagi umph rasanya.

MEE JAWA

Bahan-bahan:

  • 1 kilo mi kuning – celur
  • 2 cawan keledek kuning/oren – rebus dan kisar
  • 1 cawan udang kering – goreng dan kisar
  • 1 cawan udang hidup – rebus dan kisar
  • 5 cawan air (lebih/kurang ikut nak pekat macam mana)
  • Minyak untuk tumis
  • Garam dan gula secukup rasa – guna gula melaka lagi sedap tau

Bahan kisar (A)

  • 15 tangkai cili kering – kisar-beli online di sini
  • 5 ulas bawang putih – kisar-
  • 8 ulas bawang merah kecil – kisar-beli online di sini
  • 1 inci halia – blend
  • Sikit belacan – bakar-beli online di sini

Bahan hiasan:

  • Telur rebus – potong separuh
  • Tauhu 3 keping – goreng dan potong kecil-kecil
  • Cili hijau dan cili merah dihiris
  • Bawang goreng
  • Daun saderi dan daun bawang, dihiris
  • Taugeh – celur
  • Limau kasturi – belah

Cara membuat:

 

  1. Rebus keledek sampai empuk.
  2. Kisar keledek hingga halus.
  3. Blend cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia.

4.Kisar udang kering dan udang hidup.

5.Panaskan minyak di dalam periuk. Pastu tumiskan bahan yang dah kisar dalam bahan kisar (A) sampai naik bau.

6.Masukkan udang yang dah kisar halus dan gaul sampai sebati.

7.Masukkan gula Melaka.

8.Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih, masukkan keledek yang dah dikisar.

9.Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat,tambahkan je air.

10.Akhir sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya Kuah mee jawa ni agak manis sikit. Adjust ikut cita rasa anda.

Cara menghidang:

1.Masukkan mee yang dah kita celur tu dalam mangkuk. Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.

2.Curahkan satu atau dua senduk kuah atas mee. Letak telur rebus yang dah dipotong atasnya. Akhir sekali tabur daun saderi dengan daun bawang. Letak  limau kasturi. Dah boleh hiding.

Kredit: Marina Ismail

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN