Mi Celup Pedas Berapi Makan Panas-Panas Memang Sedap

Share

Sedapnya mi celup yang dicampur dengan daging dan perut. Lagi pedas lagi kaw rasanya. Confirm dapat semangkuk tersandar kekenyangan kata orang. Biasa orang belah Kelantan atau Thailand,gula dan garam mereka letak dalam mangkuk sup.

Mi Celup

Bahan-bahan:

  • 2.5 liter air
  • 1/2kg -1 kg tulang daging/daging lembu/ayam
  • Perut lembu
  • Bebola daging
  • 2 inci halia
  • 1/2 cawan sos ikan. * updated
  • 4 sudu besar cuka *updated
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 bunjut rempah sup tulang
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 4 biji buah pelaga*
  • 4 biji bunga cengkih*
  • 2 kiub stok ayam
  • 2 sudu besar kicap
  • 4 ulas bawang putih diketuk dan dipotong dadu*
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis*

Cara memasak:

  1. Didihkan air dan tulang daging/ daging/ ayam, serai diketuk, sup bunjut, stok ayam, kicap sehingga daging empuk. Setelah empuk keluarkan daging/ayam/daging bolehlah dihiris nipis dan ayam boleh dicarik-carikkan.

Manakala perut pula perlulah direbus berasingan. Setelah perut sudah lembut baru boleh masukkan dalam kuah sup tadi. Renehkan sebentar baru diangkat dan dipotong nipis

  1. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah dan putih yang dihiris halus serta kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih sehingga naik bau kemudian masukkan ke dalam air rebusan daging. Siap.
  2. Sambal Lada
  • 1 genggam cili api merah
  • Sedikit cuka
  • (blend/kisar)
  • Lada Jeruk
  • 10 biji lada hijau
  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam

Cara memasak:

1.Didihkan cuka dan air , masukkan lada hijau yang dipotong dan masukkan gula dan garam secukup rasa.Dah berubah warna lada tu, tutup api.

Minyak Bawang Putih

Bahan-bahan:

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 labu bawang putih

Cara memasak:

 

1.Cuci bersih dan ketuk bawang putih dengan kulitnya sekali.Kemudian potong dadu kecil.

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih.Goreng hingga kekuningan tapi bukan hangus.Angkat dan simpan dalam botol.

Bahan lain:

  • Mi kuning
  • Kuey tiow
  • Bihun
  • Daun sup/bawang-dihiris nipis
  • Lobak asin direndam air panas sekejap dan dipotong dadu
  • Bawang goreng
  • Garam
  • Gula
  • Asam limau nipis
  • Sawi rebus
  • Tauge

Cara hidang:

1.Masukkan mi kuning, kuey teow atau bihun dalam mangkuk.

2.Masukkan daging yang dihiris nipis, perut yang dipotong kecil atau ayam yang dicarik-carik serta semua bahan-bahan dan baru letak kuah yang betul-betul panas.

Kredit: Tahrunnisah Jali

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN