Mesti Sedap! Pancake Gebu Gebas, Elok Jer Kejadiannya!

Share

Apa kata kalau ada masa nanti korang cuba hasilkan Souffle Pancake ni, nampak gebu, lembut dan terasa kesedapannya. Boleh pikat hati si dia!

 

Souffle Pancake

Bahan-bahan:

  • Batter
  • 4 putih telur
  • 2 kuning telur
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1 3/4 sudu teh serbuk penaik
  • 2 3/4 sudu susu segar
  • Splash ekstrak vanila
  • 4 sudu besar gula pasir
  • Jus lemon
  • Minyak, untuk kuali

Untuk menghias:

  • Krim putar
  • Sirap maple
  • Gula icing
  • Mint
  • Beri campuran

Cara-cara:

  1. Pukul putih telur sehingga betul2 kembang dan ringan, kemudian masukkan gula pasir dan teruskan pukul sehingga sebati.
  2. Dalam mangkuk besar, pukul bersama-sama bahan adunan yang lain. Masukkan sepertiga dari meringue ke dalam adunan pada satu masa.
  3. Atas api yang perlahan panas kan minyak dlm kuali, kemudian masak kira-kira 1 cawan adunan pada satu masa. Masak selama 6 minit, kemudian flipkannya apabila sedikit kecokelatan.
  4. Teruskan memasak selama 15 minit sehingga dimasak.
  5. Hidangkan dengan buah-buahan dan topping kegemaran anda.

Kongsi resipi: Kuali terbalik

 

 

CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:

 

IKLAN