Mesti Cuba Resipi Kuih Lompat Tikam! Simple Tapi Tetap Sedap

Share

Kebiasaannya, kuih lompat tikam ni popular waktu bulan Ramadan. Tetapi sekarang ni, bila-bila masa saja boleh beli di kedai dan menikmatinya dengan enak.

Kalau nak buat sendiri pun senang saja kuih tradisional Kelantan ini. Jom kita cuba dengan resipi yang dikongsi Izamani Ismail.

 

KUIH LOMPAT TIKAM

UNTUK WARNA HIJAU:

1 cawan tepung beras – beli online di sini
3 cawan air (2 cawan air + 1 cawan air daun pandan)


Sedikit pewarna hijau pandan
Sedikit air kapur

TONTON Projek Air Tangan Emas Bersama Chef Imelda Dan Maggie

TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk

CARA-CARA:

Masukkan bahan dalam kuali. Kacau sebati, buka api sederhana dan kacau adunan sehingga meletup-letup dan berkilat. Bila siap, masukkan dalam loyang atau bekas.

UNTUK KEPALA SANTAN:

2 cawan santan sederhana pekat – beli online di sini
2 sudu besar tepung beras – beli online di sini
Sedikit garam

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA-CARA:

Kacau sebati dan buka api sederhana, kacau sehingga mendidih. Tutup api dan terus kacau sehingga suam supaya tak bergentel.

UNTUK PULUT MERAH:

1 cawan beras pulut – beli online di sini
Sedikit pewarna merah
Santan cair

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

Basuh beras pulut bersih-bersih, rendam dengan sedikit pewarna merah dalam 15 minit. Toskan beras pulut. Masukkan beras pulut dalam acuan bersama dengan santan cair paras tenggelam beras pulut je dan sedikit garam. Kukus sehingga masak.

UNTUK AIR NISE:

2 keping nise/gula melaka – beli online di sini
1 cawan air
Sehelai daun pandan

CARA-CARA:

Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

*Bila nak makan, letakkan bahagian pulut dahulu, kemudian diikuti dengan bahagian hijau dan letak bahagian putih (kepala santan). Akhir sekali, tuangkan air nise.

Kredit resipi: Izamani Ismail

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN