Menu Senang Masak, Nasi Goreng Kampung Terlajak Sedap. Dah Makan Mesti Tambah!

Share

Balik rumah lapar, menu paling senang nak masak tentunya nasi goreng. Ada pula ikan bilis dan kangkung, tambah cili padi sikit boleh buat nasi goreng kampung. Nak lagi sedap tambah telur mata makan panas-panas. Memang mudah nak masak dan sedap di makan. jom kita cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Siti Hawa Abdul Aziz ini.

RESIPI NASI GORENG KAMPUNG

BAHAN TUMBUK:

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih –BELI ONLINE
Belacan –BELI ONLINE
Sedikit ikan bilis –BELI ONLINE
10 tangkai cili padi/api (lagi pedas lagi sedap) –BELI ONLINE

BAHAN UNTUK NASI:

6 cawan nasi
5 biji telur
1 ikat kangkung
Ikan bilis (digoreng)
Minyak untuk menumis

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Tumbuk ke semua bahan, bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.

2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk tadi.

3. Apabila bahan tumbuk tadi sudah naik bau, masukkan telur. Apabila telur sudah agak hendak garing, kacau-kacaukan sehingga sebati. Boleh masukkan garam.

4. Kemudian masukkan nasi. Gaul sebati.

5. Masukkan kangkung. Gaulkan kesemua bahan. Tip hendak nasi goreng sedap, goreng dengan api yang kuat.

6. Nasi goreng kampung sudah siap!

7. Basuh ikan bilis dan toskan. Kemudian goreng sehingga garing.

8. Tip hendak ikan bilis garing, semasa mula-mula goreng pastikan minyak panas. Selepas itu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata. Jika hendak tahu ikan bilis sudah masak ke belum, tunggu smpai minyak habis berdesir. Itu bermakna ikan bilis sudah masak.

9. Sedia untuk dimakan. Lebih sedap sekiranya nasi goreng kampung ada banyak kangkung dan ikan bilis lebih. Makan pula dengan sambal belacan. Memang berselera.

Bolehlah cuba buat sendiri. Bila sudah tahu tekniknya senanglah hendak masak.

Sumber kredit: Siti Hawa Abdul Aziz via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN