Menu Sedap Dan Mudah! Nasi Goreng Telur Masin Siap Udang Tersusun Rapi

Share

Sangat mudah goreng nasi dengan rasa lemak telur masin ditambah pula dengan udang.

NASI GORENG TELUR MASIN 

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi putih
  • Bawang rose
  • Kuning telur masin
  • Udang
  • Cendawan enoki
  • Sawi

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah yang sudah dihiris. Masukkan udang dan biar sampai bertukar warna. Selepas itu masukkan kuning telur masin yang sudah dikukus.

 

2. Masukkan nasi putih secukupnya dna gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

 

3. Akhir sekali masukkan sayur pilihan anda seperti sawi dan cendawan enoki.

INFO:

  1. Kalau tidak dapat yang hanya kuning telur masin sahaja. Boleh guna telur masin yang biasa tapi kurangkan yang bahagian putih sebab masin.
  2. Kukus atau rebus dulu telur masin supaya mudah dilenyek nanti.
  3. Jika suka pedas tambah hirisan cili padi.
  4. Boleh tambah bahan ikut citarasa anda.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Mohd Syaiful Azli Ariffin

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/layan-makan-nasi-goreng-ikan-cili-tumbuk-sedap/

 

IKLAN