Menu Nasi Ulam Terengganu Spesel, Confirm Berselera Makan

Share

Menyelerakan. Nasi Ulam Terengganu antara salah satu menu yang juga digemari ramai. Nasi ulam ada macam-macam versi. Ada versi utara, versi timur dan ada pelbagai cara membuatnya.

Yang pasti Nasi Ulam antara menu yang memang dicari-cari terutama ketika bulan Ramadan. Ayuh kita cuba resipi yang dikongsikan oleh  Muliadi Ramli

ini.

MENU NASI ULAM TERENGGANU

BAHAN A: ULAM
Daun kunyit
Daun Selon
Daun cekur
Daun pegaga
Pucuk tenggek burung
Pucuk putat
Pucuk jambu golok
Pucuk ulam raja
Daun kesum – BELI SINI


Daun selasih
Daun kemangin
Bunga kantan
Serai
Pucuk pegaga
Kacang botol
Cili padi-BELI SINI

*semua bahan di atas dimayang atau dihiris halus

 

BAHAN B:
5 biji bawang merah-BELI SINI
3 sudu besar lada hitam  –BELI SINI
3 ekor ikan selayang  (dibakar)
2 ekor ikan kering (digoreng)

*semua bahan B ditumbuk.

BAHAN C:
2 cawan nasi ( dimasak kering sedikit)
Garam dan gula
Perasa
1 sudu besar kerisik- BELI SINI
1/2 biji kelapa parut
1 biji limau nipis-BELI SINI

CARA MEMBUAT:

1. Goreng kelapa bagi kering sedikit.

2. Masukkan bahan B. Gaul rata.

3. Masukkan kerisik, garam gula dan perasa.

4. Apabila agak-agak sebati, tutup api.

5. Kemudian bolehlah dicampurkan dengan nasi, ulam-ulaman dan kelapa bersama bahan B tadi.

6.Gaul rata dan sebatikan. Siap.

Bolehlah makan dengan telur masin dan keropok keping atau apa-apa lauk kegemaran.

 

Sumber kredit: Muliadi Ramli via Masakan Terengganu

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN