Menu Nasi Goreng Tomyam Padu Sesuai Untuk Sahur, Memang ‘Terlajak’ Sedap

Share

Apa agaknya hidangan yang hendak dimasak untuk bersahur nanti? Selain tumis telur dan ikan bilis, boleh cuba buat nasi goreng. Nak lagi sedap boleh cuba masak resipi Nasi Goreng Tomyam Padu seperti yang dikongsikan oleh Noorhafizah Ismail ini. Lengkap sajiannya, ada nasi udang, ada sotong. Sayur-sayuran pun ada. Mesti seisi rumah suka.

RESIPI NASI GORENG TOMYAM THAI PADU

BAHAN-BAHAN:

Nasi
Udang/sotong
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk/kisar sekali – BELI ONLINE
Satu sudu besar cili kisar (nak bagi nampak merah)
Daun limau purut (diracik) –BELI ONLINE
Serai (dihiris nipis)
Cili padi (ditumbuk/dikisar) –BELI ONLINE
Kiub pati tomyam
Kubis bunga (dipotong kecil)
Lobak merah (dipotong kecil)

 

CARA MEMBUAT:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kisar.

2. Agak-agak sudah naik bau, masukkan kiub pati tomyam, daun limau purut dan serai. Kacau sebati. Masukkan sedikit air kalau pekat.

3. Seterusnya masukkan udang. Kacau seketika.

3. Agak-agak sudah hendak kering, masukkan nasi. Kacau sekejap, masukkan sotong dan sayur-sayuran.

4. Masukkan perasa. Garam letak sedikit sahaja sebab kiub pati tomyam pun ada rasa masin juga.

5. Siap. Bolehlah dimakan bersama keropok keping yang sudah siap digoreng.

Sumber kredit: Noorhafizah Ismail

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN