Menu Istimewa Ayam Masak Vanggey, Sedap Hingga Menjilat Jari.

Share

Sebut sahaja Ayam Masak Vanggey, pasti ramai yang teringat-ingat akan keenakan hidangan istimewa ni. Malah ia antara sajian yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Bagi anda yang teringin nak cuba masak hidangan Ayam Masak Vanggey ni untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Rani Genga ni boleh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI AYAM MASAK VANGGEY 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ ekor ayam – gaul dengan garam serta serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 cawan air
  • 6 sudu makan gula merah
  • Garam secukup rasa
  • 1-2 tangkai daun kari

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 6-7 ulas bawang putih
  • Segenggam cili api
  • 6 tangkai cili kering
  • 2 inci halia – tak perlu buang kulit
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 keping kulit kayu manis
  • 5-6 kuntum bunga lawang
  • 2 batang serai

BAHAN TUMIS:

  • 2 biji bawang besar
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 2-3 biji tomato
  • Rempah 5 sekawan

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya.

2. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.


3. Satukan bahan-bahan kisar dan ‘blend’ hingga halus.

4. Tumis rempah 5 sekawan seketika.

5. Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan yang lain dan masak hingga naik bau serta keperangan.


6. Masukkan bahan-bahan kisar.

7. Tumis lagi hingga rempah masak dan pecah minyak.

8. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

9. Seterusnya masukkan serbuk kari ayam dan serbuk cili. Gaul sebati.


10. Tambahkan air. Sebatikan. Pastikan rempah tidak hangus.

11. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Gaul lagi supaya rasanya sekata.


12. Bila ayam sudah kelihatan pecah minyak, masukkan daun kari bagi menyedapkan lagi rasa hidangan.

13. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Rani Genga

 

Tercari-cari ‘HOME APPLIANCES’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

IKLAN