Sajian warisan turun temurun tentunya menjadi kebanggaan keluarga dan punya keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun terdapat beratus-ratus resipi yang serupa, namun keenakannya pastinya tak sama.
Sajian Rendang Ayam merupakan salah satu juadah popular yang menjadi kegemaran ramai. Tua muda tidak kira bangsa, semua menggemari hidangan ini. Malah setiap keluarga mempunyai resipi rendang yang tersendiri dan ianya menjadi ikutan dari generasi ke generasi.
Dimasak dengan ramuan serta rempah ratus asli, ditambah pula dengan santan kelapa segar menjadikan Rendang Ayam satu hidangan yang cukup istimewa dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Dalam setiap hidangan, pasti tidak lengkap tanpa manisan. Salah satu yang popular di kalangan rakyat Malaysia ialah Puding Sagu Gula Melaka. Dihasilkan dari bahan-bahan yang ringkas, namun kombinasi rasa lemak, masin dan manis menjadikan ia sebagai satu juadah pencuci mulut yang sangat mempersonakan.
Istimewa minggu keempat ini, Cabaran Saji-an Misteri menampilkan selebriti cantik manis Sharifah Shahirah yang menyahut cabaran memasak dua hidangan istimewa menggunakan produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI. Siap kongsi resipi rendang warisan tau. Anda harus cuba.
RENDANG AYAM MAK ESAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – dipotong kecil
3 sudu makan kerisik
3 biji bawang besar – dikisar halus
3 ulas bawang putih – dikisar halus
15 tangkai cili kering – dikisar halus
5 inci lengkuas – dikisar halus
3 inci halia – dikisar halus
2 inci kunyit hidup – dikisar halus
6 batang serai – dikisar halus
300ml Santan Kelapa SAJI
1 helai daun kunyit – dimayang halus
5-6 helai daun limau purut
Garam Gunung SAJI
Gula Kasar SAJI
Minyak masak SAJI untuk menumis secukupnya
CARA PENYEDIAAN: 1. Panaskan minyak masak SAJI di dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak. 2. Masukkan cili kering kisar. Masak lagi. 3. Kemudian masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut dan mengeluarkan air. 4. Bila air ayam sedikit kering, masukkan Santan Kelapa SAJI. Tambah sedikit air jika perlu. 5. Tambahkan Garam Gunung SAJI dan Gula Kasar Saji dengan secukupnya. 6. Masukkan hirisan daun kunyit dan daun limau purut yang diracik halus. 7. Masukkan juga kerisik. Gaul sebati hingga rendang masak sekata. 8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
PUDING SAGU GULA MELAKA
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 cawan sagu – direndam 1/2 jam
4 cawan air – tambah air bila perlu
2 helai daun pandan
Pewarna pilihan
CARA PENYEDIAAN: 1. Bersihkan sagu, masak dengan air mendidih sentiasa kacau hingga sagu kembang dan jernih dan tiada sagu putih. 2. Jirus dengan air paip, buang kanji. Sagu tadi ditambah pewarna ikut cita rasa dan biarkan sejuk.
KUAH:
2 1/2 cawan Santan Kelapa SAJI
1/2 cawan air
Secubit Garam Gunung SAJI
1 helai daun pandan – simpul
CARA PENYEDIAAN: 1. Masukkan Santan Kelapa SAJI dan Garam Gunung SAJI ke dalam periuk. 2. Tambahkan sedikit air. Biarkan mereneh. 3. Masukkan daun pandan. Masak hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
AIR GULA MELAKA:
Ads
1 ketul gula kabung /gula melaka – potong kecil
1/4 cawan Gula Kasar SAJI
1 cawan air
2 helai daun pandan
Secubit Garam Gunung SAJI
CARA PENYEDIAAN: 1. Satukan semua bahan dan masak sampai agak pekat. Padamkan api. 2. Campur sagu, air gula melaka, santan dan sejukkan sebelum dinikmati.
Pemenang Minggu Ketiga
Tahniah kepada para pemenang Saji-an Misteri minggu ketiga. Berikut merupakan mereka yang terpilih berdasarkan pilihan juri.
Nak menang wang tunai RM500 serta barangan SAJI? Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu tonton aksi empat personaliti ini memasak pada setiap minggu di mana mereka akan mencipta #sajianmisteri menggunakan bahan yang ada di dalam kotak misteri SAJI terutamanya produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI.
Santan Kelapa SAJI diperbuat daripada perahan kelapa segar yang terbaik. Aroma dan teksturnya yang lemak berkrim menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk setiap hidangan di atas meja. Santan Kelapa SAJI juga bebas kolesterol dan tanpa bahan pengawet.
Aksi empat personaliti ini dimulakan oleh Ashhryyyyy pada 3 November 2020, Datin Ismatia pada 10 November 2020, Zara Zya pada 17 November 2020 dan diakhiri oleh Sharifah Shahirah pada 24 November 2020. Kalau anda nak sertai, ini cara-caranya:
Buat video memasak yang kreatif berdurasi 1 – 2 minit mengikut tema masakan mingguan yang dimasak oleh selebriti pilihan. Cipta resipi baru atau tambah bahan-bahan rahsia anda sendiri dan mestilah menggunakan produk SAJI.
Muat naik video masakan di laman Instagram anda, menggunakan hashtag #sajianmisteriRASA. Pastikan akaun anda di public kan.
Tonton video Saji-an Misteri Sharifah Shahirah disini:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Teringin dessert yang lemak manis, korang boleh cuba dua jenis pemanis mulut berasasakan tepung pulut ini. Bubur Butir Nangka dan Puteri Mandi, kedua manisan ini sangat mudah disediakan dan tak banyak guna bahan. Tak sampai 30 minit korang boleh siapkan dengan mudah. Jangan tunggu lagi kalau ada tepung pulut dan kelapa dalam peti sejuk, boleh cuba petang ni…
BUBUR BUTIR NANGKA BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung beras pulut
3 sudu makan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau
1 sudu makan air kapur
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN KUAH:
300ml santan
10ml susu cair
150gm gula melaka
1/2 sudu makan halba | cuci dan tos
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan adunan butir nangka, masukkan tepung bersama bahan lain dalam mangkuk, kemudian uli hingga sebati.
Sementara itu, didihkan air dalam periuk.
Sementara menunggu air rebusan mendidih, bentukkan adunan seperti biji nangka, lakukan hingga adunan habis.
Masukkan adunan dalam air mendidih.
Apabila butir nangka timbul angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
Untuk menyediakan kuah, masukkan santan, gula Melaka, daun pandan dan sedikit garam dalam periuk.
Renehkan atas api sederhana, apabaila mendidih, masukkan susu cair dan biji halba, kacau seketika dan tutup api.
Bubur Butir Nangka sedia dihidangkan.
KUIH PUTRI MANDI BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Secubit garam
Seddikit pewarna merah, hijau dan kuning
BAHAN KELAPA:
1 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
1 keping gula Melaka
1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung dengan sedikit garam halus gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adaun hingga jadi doh.
Bahagikan doh menjadi tiga bahagian, pewarnakan setiap doh dengan warna merah, hijau dan kuning. Adun lagi hingga pewarna sebati.
Bentukkan doh menjadi bulat, kemudian leperkan sedidkit dan tekan ditengahnya.
Sementara itu didihkan air, dan rebus doh hingga timbul.
Angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk. Ketepikan.
Untuk menyediakan bahan kelapa, didikan air dalam kuali bersama gula Melaka dan daun pandan.
Setelah gula larut dan kuah pekat, masukkan kelapa dan sedikit garam halus, kecilkan api dan gaul rata lebih kurang 3-5 minit. Tutup api.
Kemudian, masukkan doh yang telah direbus ke dalamnya dan gaul rata.
Biasanya kalau rasa nak makan Sizzling Yee Mee, kena ke kedai sebab dekat rumah tak ada hot plate. Tapi rupanya, walaupun tak ada benda tu, boleh je masak Sizzling Yee Mee homemade yang sedap. Hanya guna kualibiasa je. Hasilnya memang sedap dan tak perlu dah makan di kedai lagi. Jom cuba!
RESIPI SIZZLING YEE MEE
BAHAN-BAHAN (sukatan 3 orang makan):
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih – dicincang halus
1/2 inci halia – dicincang halus
Ayam – dipotong kecil
Cendawan shitake kering @ basah
5 biji cili kering – dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak bijan
1 kiub MAGGI®Pati Ayam
2-3 sudu makan tepung jagung (tambah sedikit air)
Minyak untuk menumis
4 cawan air @ lebih
CARA MEMASAK:
Masukkan minyak bijan dan minyak masak. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, kiub MAGGI® Pati Ayamdan serbuk lada hitam.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 6 untuk hidangan yee mee yang lain.
PETUA: 1. Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat daripada besi. Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat, jangan buang sebaliknya cuci bersih sehingga hilang semua karatnya. 2. Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yang kering.
Portal majalah RASA menerusi Rasa Layan Curry Fiesta buka tempahan tapak berniaga untuk vendor usahawan makanan yang berminat. Bercerita tentang makan, Malaysia adalah antara syurga makanan dunia. Industri F&B antara yang paling pesat berkembang. Jual lah apa sahaja, dengan rasa yang sedap, padu serta persembahan kreatif, ia akan mendapat sambutan dan viral di sosial media.
Dalam 1001 jenis makanan, masakan kari adalah yang paling popular. Siapa yang tidak suka kan lauk pauk nasi kandar, roti canai, roti jala, karipap, murtabak dan banyak lagi. Ia diminati majoriti rakyat Malaysia. Tak lengkap menu hidangan tanpa kari. Selagi mampu kita layan kari sepuas-puasnya. Tidak hairanlah apabil roti canai diiktiraf sebagai roti pilihan nombor satu dalam kategori roti terbaik di dunia.
Kari menyatukan selera rakyat Malaysia dan oleh itu, portal majalah RASA bakal anjurkan pesta makanan berasaskan kari pada 5 hingga 8 September 2024, di Parking B, Setia City Covention Centre Shah Alam dari jam 11 pagi – 10 malam bersempena sambutan Hari Malaysia dengan tema Satu Malaysia Layan Kari.
Fiesta dua hari ini menyediakan tapak jualan (booth) kepada semua pengusaha makanan yeng berminat. Terdapar 4 jenis tapak yang ditawarkan kepada vendor:
12 buah booth khas untuk pengusaha Nasi Kandar (20 kaki x 20 kaki)
80 buah booth SME Gold & SME Silver (10 x 10 kaki)
Food Truck.
Keutamaan adalah untuk jualan makanan yang sesuai dengan tema fiesta ini. Bagi melancarkan pedaftaran, para pengusaha makanan digalakkan mengisi borang Pra Pendaftaran Vendor Rasa Layan Curry Fiesta.
Peserta yang telah mendaftar akan dihubungi pihak penganjur untuk proses lanjut. Tujuan pra pendaftaran ini sebagai penapisan awal kategori makanan jualan utama agar setiap jenis makanan adalah seimbang dan menjaga kepentingan perniagaan vendor yang terlibat.
Selain pelbagai jualan makanan yang enak, lazat dan menarik, fiesta ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain bagi memenuhi keperluan gaya hidup pelbagai lapisan umur masyarakat. Antara yang menarik ialah pemberian kari kepala ikan percuma kepada pengunjung, pertandingan teh tarik kaw-kaw, pertandingan roti canai terbang tinggi, pameran kereta Hello Kitty, vespa vintage, motosikal klasik, bouncing castle, mini petting zoo dan banyak lagi.
Tidak meriah fiesta tanpa kehadiran KOL dan selebriti popular dan kehadiran mereka ini dijangka menjadi sebahagian daripada tarikan juga.
Untuk maklumat lanjut, pengusaha makanan yang berminat boleh hubungi urusetia vendor ditalian : 019-675 3057 atau 019-6328758 atau imbas kod QR yang ada pada poster.
Santan cepat basi? Ketahui rahsia santan tahan lama dengan petua mudah. Dari pemilihan kelapa, teknik perahan, hingga cara simpan santan agar masakan kekal segar & berlemak!