Memang Padu Sedapnya, Gulai Lemak Ketam & Daun Pegaga Ni!

Share

Gabungan bahan yang sangat sedap masak lemak cili padi ketam dengan daun pegaga. Korang wajib cuba menu ini sebabrasanya lemak-lemak pedas dan sedikit pahit yang sedap. Pendek kata, sempurna rasa dan  sekali cuba mesti teringin lagi.  Paling best  menu ni senang dimasak dan  sedap dimakan.

GULAI LEMAK KETAM BERSAMA PEGAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ketam | bersihkan dan tos
  • 150gm daun pegaga | buang tangkai
  • 1 liter santan kelapa
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk.
  2. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana.
  3. Setelah mereneh masukkan serai dan asam gelugor.
  4. Seterusnya masukkan ketam dan daun pegaga. Terus kacau.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Selapas 3-4 minit. Tutup api.
  7. Gulai ketam sedia dihidangkan.
IKLAN