Memang Padu Rasa Sambal Daging Cili Api Ni, Gerenti Bertambah Nasi

Share

Anda yang suka masakan pedas wajib cuba menu ni. Kombinasi cili api dan daging pasti membuat anda berselera makan.  Rencah yang digunakan pun tak banyak. Pasti licin sepinggan.

SAMBAL DAGING CILI API

**Bahan kisar A

**15-20 ulas cili api merah

**3 ulas bawang putih

2 biji bawang besar

Bahan bertanda ** kisar hancur dulu, baru kisar bawang merah sekejap aje, supaya tak hancur sangat.

1 inci halia-dihiris

**B

Garam

Gula (saya guna gula perang)

1 – 2 sudu besar kicap pekat manis

1 – 2 sudu besar sos tiram

4 – 5 sudu besar sos cili

**C

Bahan hiris

Bawang besar

Kacang panjang

Cili merah dibelah dua

**daging yang telah siap digoreng.70% masak. (sekilo daging)

** gaul dengan garam dan serbuk kunyit

Cara memasak:

1.Tumis bahan kisar A sampai pecah minyak.

2.Masukkan bahan B.

3.Selepas sebati dan cukup rasa, masukkan daging.

4.Akhir sekali masuk bahan hiris.

Kredit: Ziera Xiera

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa

IKLAN