
Mee Ayam Indonesia merupakan antara makanan yang popular di Indonesia. Masakan ini memang sedap, penuh aroma dan disukai ramai. Bolehlah cuba masak sendiri di rumah bila terasa nak makan sesuatu yang pekat berperisa dan mengenyangkan.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Maya Miera ini ye. Menurutnya, Indonesia besar, jadi ada macam-macam versi mee ayam. Tapi resipi ini mengikut selera dan cita rasanya sendiri. Selamat mencuba!
Mee Ayam Indonesia ini menggunakan bahan yang mudah didapati. Berikut senarai lengkapnya:
*Blend kasar semua bahan sambal cili.
*Dicincang dan digoreng sehingga kekuningan.
1.Celur mee dan celur sawi. Asingkan.
2. Untuk kuah atau sup; mula-mula rebus rangka ayam dengan kiub ayam lebih kurang satu jam sehingga keluar rasa manis dan aroma sedap. Ketepikan.
3. Untuk membuat ayam kicap, panaskan minyak dan tumis daun bay, daun limau dan serai sehingga naik bau wangi.
4. Setelah aromanya keluar, masukkan bahan kisar. Kacau dan tumis dalam lebih kurang 10 minit atau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan isi ayam yang dipotong kecil.
6. Apabila ayam sudah separuh masak, masukkan kicap ABC, sos tiram dan kicap cair. Masak sehingga agak kering dan sebati.
Letakkan mee di dalam mangkuk. Tambah sawi, daun bawang dan ayam kicap tadi. Tuang kuah panas supaya lebih beraroma. Tambahkan bawang putih goreng serta sambal lada. Siap dihidangkan. Selamat mencuba!
Untuk rasa lebih mantap, gunakan mee kuning segar atau mee halus. Jika sukakan rasa lebih gelap dan manis gaya Indonesia asli, tambah sedikit lagi kicap ABC. Sambal boleh dipelbagaikan mengikut tahap kepedasan yang disukai. Walaupun ringkas, resipi Mee Ayam Indonesia
ini tetap memberikan rasa yang kaya dan lengkap.Mee Ayam Indonesia ini sesuai dihidangkan untuk makan tengah hari atau makan malam. Jika mahu lebih lengkap, boleh tambahkan telur rebus, tauge celur atau bebola ayam. Walaupun setiap rumah ada gaya tersendiri, yang penting asasnya tetap sama dan mudah diikuti.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official