Masakan Istimewa, Sambal Goreng Tauhu & Telur Puyuh.

Share

Penambahan petai menaikkan lagi aroma dan rasa dalam masakan.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping tauhu | potong dadu dan goreng
  • 15 biji telur puyuh | rebus dan kupas kulit
  • 1 papan petai | ambil isi
  • 1 cawan santan
  • Gula dan garam secukupnya

 

BAHAN KISAR:

  • 4 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 3 biji cili kering
  • 4 biji buah keras
  • 2.5cm halia
  • 2.5cm lengkuas
  • 2 batang serai
  • 3 biji cili padi

 

CARA MEMASAK:

  1. Goreng tauhu separuh masah dan rebus telur puyuh. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar hingga terbit wangi. Masukkan tauhu goreng, telur puyuh yang direbus dan petai. Gaul seketika dan masukkan santan. Masak hingga kuah pekat.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedia dinikmati.
IKLAN