Cara Memasak Masakan India Ayam Varuval , Warisan Turun Temurun…

Share

Varuval tu maksudnya garing..haa terjadilah ayam masak garing yang sungguh lazat ini. Masakan India ini antara sajian popular di kalangan masyarakat India. Orang Melayu pun gerenti suka lah.

Ni Deepavali dah makin dekat, jom kita cuba resipi ni, boleh beri kejutan pada rakan India korang.Jom ikut langkah memasaknya seperti yang dikongsikan oleh Kalaivani a/p Krishnasamy ini.

AYAM VARUVAL

BAHAN PERAP:
  • 1/2 ekor Ayam

CARA MEMASAK:

1. Perap ayam dengan semua bahan perapan
2. Perap ayam dalam satu jam. Kemudian boleh goreng macam biasa dalam minyak yang banyak (deep fry)
BAHAN VARUVAL:
  • 4 sudu besar jintan manis
  • 15 ulas bawang putih
  • Daun kari
  • Cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • Halia-ditumbuk halus
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu besar serbuk cili/ cili kering kisar

CARA MEMASAK:

  1. Goreng jintan manis dalam minyak. Ketepikan.

2 Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari. Ketepikan juga. Bahan-bahan ini nak letak banyak pun boleh sebab tidak akan pedas dan tidak akan ade bau bawang putih. Lagi tambah lagi sedap.

3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan tomato. Tumis sampai bawang tukar warna.

4.  Sudah bertukar wana boleh masukkan serbuk cili kering atau cili kering kisar. Tambah ikut selera masing-masing sebab varuval tidak boleh pedas sangat sebab nanti tidak  sedap. Masak atas minyak jangan letak air sebab air dari bawang itu pun dah cukup. Kalau mahu lebih sedap tambah lagi bawang.

5. Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu sampai garing dan pecah minyak sebab varuval kena garing dan rasa manis sedikit

6. Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi jintan manis, cili kering, bawang putih dan daun kari. Gaul hingga sebati.

7. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan rasakkan lagi  jika perlu tambah bahan perasa.

8. Sudah siap boleh tutup api. Boleh taburkan daun pudina atau daun ketumbar.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Kalaivani Krishnasamy

IKLAN