Makanan laut kalau dimasak gaya lauk pauk tradisional pun teramatlah sedapnya. Lagi pulak olahan resipinya dari Chef tersohor Chef Nor Asmawati Nor Din atau lebih dikenali sebagai Chef Asma.
Tenaga pengajar dari UNITAR International University ini memang cukup dikenali dengan olahan resipi yang hebat di dunia maya. Ni Chef Asma berkongsi 4 resipi tradisi untuk sotong dan udang, rugi kalau tak cuba.
1. MASAK LEMAK SIPUT SEDUT LABU KUNING
BAHAN-BAHAN
1kg siput sedut | dibersihkan dan dibuang hujung
1/2 biji labu kuning | dipotong kecil
2 biji kelapa | santan secukupnya
1 batang serai | diketuk
1 helai daun kunyit | dicarik
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
10 biji cili padi
2sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
Bilas bersih siput sedut, kemudain gaulkan dengan hampas kelapa untuk menghilangkan bau hanyir dan lumpur.
Kemudian basuh bersih dan toskan, kemudian potong bahagian hujung cengkerang.
Kupas kulit labu dan rebus separuh empuk, toskan dan ketepikan.
Dalam periuk masukkan santan, bahan kisar, serai, daun kunyit dan siput. Nyalakan api sederhana.
Apabila mendidih masukkan garam, asam keping dan sayur labu
Masak lagi hingga pekat. Perasakan garam dan gula.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Ads
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Siput sedut yang berjus dan manis rasanya, terbaik dimasak kuah lemak
INFO CHEF : Selain siput sedut resipi yang sama juga boleh dimasak untuk ketam
SOTONG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg sotong
1 biji tomato | di potong kiub
1 tangkai daun kari
1 biji limau kasturi
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan cili kering mesin
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya menumis
Bahan dihiris :
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2.5sm halia
Bahan dibancuh dengan air untuk dijadikan pes rempah:
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga wangi dan kekuningan.Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing
Masukkan pes rempah dan daun kari. Tumis hingga pes masak .
Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato. Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
Perahkan limau kasturi dan kacau rata. Angkat dan hidangkan panas.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa rempah dan rasa masam manis serta pedas cili.
INFO CHEF: Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah jadi tidak perlu masuk sebarang air semasa memasak.
3. KETAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN :
4 ekor ketam | saiz sederhana
2 sudu makan sos cili
5 biji cili merah | dikisar
2.5sm halia | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
1/2 biji bawang besar | dikisar
1 sudu makan madu
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan tepung gandum | untuk disalut pada ketam sebelum digoreng
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK :
Potong ketam pada dua bahagian dan dibilas bersih, kemudian toskan.
Gaulkan ketam bersama sedikit garam dan salutkan dengan tepung gandum. Goreng hingga agak masak dan angkat.
Kisar bawang besar dan bawang putih, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
Setelah naik bau baru masukkan cili kisar. Selepas itu masukkan madu, sos cili dan air.
Setelah agak pekat baru masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
Perasakan dengan garam dan gula. Angkat dan hiaskan ketam bercili tadi dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Ads
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa sos dan pedas secukupnya
INFO CHEF : Pilih ketam segar yang mempunyai banyak isi untuk rasa yang lebih sedap.
4. GULAI LEMAK UDANG DENGAN PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN :
12 ekor udang | saiz XXL
1 ikat pucuk ubi | direbus hingga empuk
1 helai kunyit hidup | dicarik
500ml santan dan air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
10 tangkai cili padi | ikut kepedasan yang disukai
5 ulas bawang merah
2.5sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
Ads
Masak bahan kisar dan air secukup di atas dapur sehingga cilinya sedikit masak.
Masukkan santan dan udang. Masak hingga mendidih dan masukkan pucuk ubi dan daun kunyit.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 hingga 20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Gabungan udang dan pucuk ubi, gandingan yang melazatkan sajian.
INFO CHEF : Ketika menyiang udang besar pastikan usus di belakangnya dibuang agar udang benar-benar bersih.
RESIPI : CHEF NOR ASMAWATI NOR DIN
TERIMA KASIH : UNITAR International University, 3-01A Level 2, Tierra Crest, Jalan SS 6/3, Petaling Jaya, Selangor. https://unitar.my
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Telur dadar biasanya kita buat bubuh bawang dan garam je kan? Jom ubah sikit. Telur dadar boleh berubah jadi lebih istimewa. Silap-silap boleh jadi kudapan yang enak dimakan begitu sahaja.
TELUR DADAR TOMATO BERKEJU
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
50 gram keju mozarella (disagat)
Sedikit garam
1/2 biji lada benggala (dihiris)
Minyak masak untuk menggoreng
1 biji tomato (dipotong bulat)
Cara Memasak
1. Pecahkan telur ayam di dalam mangkuk besar. Masukkan mayones, keju dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan lada benggala. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Letak kepingan tomato diatasnya. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati sehingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.
TELUR DADAR CENDAWAN
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
6 biji cendawan butang (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (didadu)
1 biji cili merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dicencang)
1 pokok daun sup (dicencang halus)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan semua bahan di atas dan kacau sehingga rata. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Panaskan kuali dan panaskan minyak masak secukupnya.
4. Masukkan bancuhan telur dan masak menggunakan api yang kecil. Tutup kuali menggunakan tudung periuk dan biarkan masak.
5. Balikkan telur dengan berhati-hati. Angkat apabila masak dan menjadi warna keperangan. Sedia untuk dihidangkan.
TELUR DADAR BROKOLI
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
100 gram brokoli (dihiris halus)
1 biji bawang besar kuning (dicencang)
1 biji cili merah (dihiris)
50 gram isi ayam rebus (dicarikkan)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk besar. Masukkan mayones, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan brokoli, bawang besar, cili merah dan isi ayam. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati hingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Nasi goreng yang paling cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sangat mudah. Menjimatkan masa bagi mereka yang ingin cepat makan sebab terlalu lapar dan menjimatkan duit. Sesuai untuk orang bujang nih maklumlah dah tengah bulan.
NASI GORENG BERAPI SARDIN SEMPOI & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Nasi secukupnya
1 tin sardin
Garam
Bahan tumbuk :
13 cili padi
2 cili besar
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK :
1. Tumis bahan yang di tumbuk sampai wangi.
2. Masukkan sardin dan lenyek halus.
3. Kemudian cepat-cepat masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
4. Angkat, sedia untuk dihidangkan.
Info: Jika suka boleh sayuran yang anda suka dan tambah telur goreng atau ikan bilis goreng ranggup.
Kuih muih tradisional Melayu termasauk talam antara yang menjadai pilihan ramai. Malah sekarang dah macam macam inovasi kuih talam sesuai mengikut cita rasa semasa, namun rasanya tidak mengecewakan, tetap sedap. Lemak manisnya tetap menambat selera, tapi kalau korang nak cuba buat sendiri, ini 12 koleksi resipi talam RASA kongsikan.
TALAM LAPIS BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
Seterusnya masukkan santan. Gaul rata hingga tidak yang bergentel.
Bahagikan adunan kepada dua
Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.
Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama lima minit dengan api kuat.
Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
Ulang proses hingga habis dengan diakhiri dengan lapisan merah.
Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
TALAM LAPIS SAGU
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN SAGU:
1 1/2 cawan sagu
2 cawan air
1 cawan air
LAPISAN ATAS:
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
2 cawan air
3/4 cawan gula
Sedikit pewarna hijau
1 sudu teh perisa pandan
CARA MEMASAK:
Basuh sagu dan tapis, kemudian ketepikan.
Satukan gula dan air, masak dalam periuk hingga mendidih dan gula hancur.
Masukkan sagu dan kacau hingga pekat.
Pastikan menggunakan api perlahan supaya sagu masih berbiji-biji putih.
Sementara itu, sediakan loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
Tuangkan sagu di dalamnya, ketepikan.
Satukan semua bahan bahagian atas dalam periuk, kacau hingga sebati.
Kemudian masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga tepung tidak berketul-ketul.
Apabila naik wap, tutup api.
Tuang ke dalam bekas berisi sagu.
Akhir sekali masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20 minit.
TALAM PANDAN NYONYA
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
1 1/2 cawan gula
2 1/4 cawan tepung beras,
1/3 cawan tepung gandum,
5 ½ cawan air pandan | 10 helai daun pandan
1 ½ sudu makan air kapur
LAPISAN ATAS:
1/3 cawan tepung beras
3 cawan santan
4 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan bawah (warna hijau).
Kemudian kacau agar tidak bergentel.
Masak hingga berwap dan gula hancur.
Isikan dalam loyan yang disapu minyak.
Kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.
Untuk menyediakan bahagian atas (warna putih).
Campurkan semua bahan.
Kacau dan masak atas api sederhana hingga naik wap.
Perlahan-lahan tuang atas lapisan warna hijau.
Kukus lagi hingga
Potong apabila talam betul-betul sejuk.
TALAM JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
350gm tepung beras
60gm tepung gandum
1 sudu makan tepung ubi
350ml santan pekat
700ml air
120gm gula kastor
300gm jagung manis dalam tin
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna kuning
LAPISAN ATAS:
150gm tepung gandum | diayak
150gm gula kastor
250gm santan pekat
450gm air masak
20gm daun pandan
2 biji telur
1 sudu teh perasa pandan
CARA MEMASAK:
Untuk bahagian bawah, campurkan tepung beras, jagung dan ubi. Ayak bersama dalam dalam bekas kemudian campurkan dengan santan pekat dan air.
Kacau sebati sehingga tidak berbintil, kemudian tapiskan adunan ke dalam periuk.
Masuk pula gula kastor, jagung manis, garam dan pewarna, gaul sebati.
Panaskan atas api, kacau sentiasa dan biarkan sehingga naik wap.
Tuang adunan dalam loyang yang telah tersedia dan ratakan.
Kukus selama 25 minit.
Untuk menyediakan lapisan atas, satukan kesemua bahan-bahan.
Seterusnya kacau sebati dan tapiskan dalam periuk.
Masak atas api sambil dikacau sentiasa sehingga naik wap.
Setelah lapisan bawah masak, lorekkan dengan garpu.
Perlahan-lahan, tuang adunan atas sehingga rata dan kukus lagi selama 25 minit.
Tutup api pengukus, angkat dan sejukkan.
Biarkan talam benar-benar sejuk baru dipotong.
TALAM BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung beras
200gm keladi
100gm udang kering
2 sudu teh garam
1000ml air
500ml santan
INTI DAN HIASAN:
200 gm daging kisar
2 biji kentang | dadu kecil
1 labu bawang besar | dipotong dadu
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1 paket rempah kari daging
2 biji cili merah
1/2 batang lobak merah | diparut
Daun sup dan daun bawang | dihiris halus
2 sudu makan minyak
Garam dan sedikit gula
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
Sekiranya terdapat minyak, toskan.
Untuk menyediakan bahagian talam, keladi direbus dan dikisar bersama air. Ketepikan.
Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan inti di atas permukaan sebagai hiasan.
TALAM SUJI
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
110gm tepung suji
110gm gula pasir
200ml santan pekat
800ml air
1sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh garam
LAPISAN ATAS:
3 biji telur
220 gm gula merah
1/2 sudu teh garam
200ml santan pekat
55gm tepung jagung
55gm tepung gandum
500ml air
CARA MEMASAK:
Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji dan air dalam periuk. Kemudian masukkan santan pekat dan gula.
Selepas itu masukkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.
Kemudian letak di atas api sambil dikacau dengan pemukul telur sehingga naik wap.
Masukkan dalam loyang dan kukus lapisan bawah selama lima minit.
Untuk lapisan atas, satukan tepung gandum, gula merah dan santan dalam bekas pengisar.
Masukkan air tepung jagung dan pecahkan telur dan bolehlah dikisar kesemua bahan-bahan tersebut.
Selepas itu, masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana besarnya.
Apabila sudah naik wap, bolehlah diangkat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi.
Kukus selama 25 minit.
TALAM GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan gula
Sedikit air
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan air
Sedikit air kapur
LAPISAN ATAS:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan lapisan bawah, masak gula merah dan gula putih dengan sedikit air. Sejukkan.
Seterusnya bancuh tepung beras dengan air dan sedikit air kapur. Kacau sehingga larut dan tapis ke dalam periuk.
Masak sebentar di atas api sederhana sehingga agak pekat. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
Kukus selama 20 minit. Setelah masak dilorek permukaan dengan garpu.
Satukan semua bahan lapisan atas dan tapis dalam periuk
Kacau rata atas api perlahan sehingga agak pekat.
Tuang menggunakan senduk dengan perlahan lahan ke atas lapisan bawah.
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.
TALAM PULUT SEKAYA
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
500gm beras pulut | direndam semalaman
200ml santan pekat
300ml air
2 sudu teh garam
LAPISAN ATAS:
10 biji telur | dipukul sebati
400ml santan pekat
250hm gula Melaka | dipotong kecil
2 helai daun pandan | dicarik & disimpul
1/4 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Toskan beras pulut dancampurkan dengan santan pekat, air dan juga garam. Kacau sebati dan kukus selama 25 minit.
Masukkan pulut yang telah dikukus tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak. Tekan pulut agar padat.
Bagi menyediakan lapisan atas, kisar santan dan gula Melaka hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam bekas diikuti bahan-bahan yang lain. Kacau hingga rata.
Tuang ke dalam loyang berisi pulut. Kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak.
Sedia untuk dinikmati.
TALAM LAPIS NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
3 cawan santan
1/2 sudu kecil esen ros
Pewarna merah dan hijau
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di atas, kemudian adun hingga rata.
Tapis supaya tidak ada tepung bergentel.
Kemudian bahagikan kepada tiga bahagian.
Buat lapisan putih dahulu dan kukus selama 6 minit.
Diikuti lapisan merah dan hijau.
Akahir sekali, kukuskan lagi selama 20 minit.
Sejukkan sebelum sedia dipotong dan dihidangkan.
TALAM CRACKERS PANDAN
BAHAN LAPISAN BAWAH:
20 keping biskut
400 ml santan
1 cawan air pandan (1 cawan air dikisar bersama 3 helai daun pandan)
1/2 cawan susu pekat
3 sudu besar gula
2 biji telur ayam
BAHAN LAPISAN ATAS:
1 cawan tepung beras
1 cawan santan
3 cawan air
1 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
Lapisan Bawah:
Satukan semua bahan di atas kecuali biskut.
Sediakan loyang. Patah-patahkan biskut menjadi kecil.
Satukan kedua-dua bahan dan kukus selama 25 minit.
Kemudian sediakan lapisan atas.
Satukan bahan di atas dan tuang ke atas lapisan bawah.
Kukus selama 20 minit lagi.
Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.
TALAM LAPIS CENDOL
BAHAN LAPISAN ATAS:
200 gram tepung beras
250 ml santan
450 ml air
2 sudu besar tepung jagung
150 gram gula
1 sudu kecil garam
250 gram cendol
BAHAN LAPISAN TENGAH:
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
2 biji telur ayam
200 ml santan
200 ml air
Sedikit perasa pandan
Pewarna hijau
BAHAN LAPISAN ATAS:
[A]
30 gram gula pasir
100 gram gula merah
1 helai daun pandan
[B]
80 gram tepung gandum
10 gram tepung ubi
2 biji telur ayam
250 ml santan
1/2 sudu besar esen vanila
1/4 camca teh garam
CARA MEMASAK::
Campurkan semua bahan di atas kecuali cendol.
Masak sehingga naik wap.
Masukkan cendol dan kukuskan selama 20 minit.
Untuk lapisan tengah, campurkan semua bahan, adun rata hingga sebati.
Tapis dan masak sehingga naik wap dan tuang atas lapisan cendol.
Kukus selama 20 minit,
Sementara itu sediakan lapisan atas.
Satukan semua bahan A lapisan atas, dan masak atas api hingga gula larut. Sejukkan.
Satukan pula semua bahan B.
Setelah air gula sejuk tuangkan dalam mangkuk bahan B.
Adun rata kemudian tuangkan ke atas lapisan cendol dan kukus selama 20 minit.
Sejukkan sebelum sedia dipotong.
TALAM LAPIS UBI KAYU
BAHAN LAPISAN BAWAH:
4 cawan ubi | diparut
1 1/2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
3 cawan santan
BAHAN LAPISAN ATAS:
4 cawan santan
2 camca teh garam
1 1/2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan lapisan atas dan gaul rata.
Masukkan dalam loyang yang telah dioles dengan mentega atau marjerin.
Kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.
Sementara itu sediakan bahan lapisan atas.
Campurkan semua bahan dan adun rata, kemudian tapis dan masak atas api kecil hingga berwap. Kemudian tuang atas lapisan ubi kayu.
Kukus lagi 15-20 minit.
Setelah masak, tutup api dan potong apabila sejuk dan sedia dihidangkan.