Masak, Snap & Share, Wang Tunai Serta Set Pes Chef-Ku Menanti Anda

Share

Anda suka memasak dan merakam foto atau video masakan anda? Mungkin ini peluang untuk anda merebut hadiah wang tunai serta 5 pek Pes Chef-Ku iaitu Pes Nasi Kandar, Pes Rendang, Pes Sambal Tumis, Pes Asam Pedas dan Pes Kari Daging.

Jom sertai Rasa Chef-Ku Masak Challenge

bersama Chef-Ku. Anda hanya perlu Masak, Snap & Share foto masakan di akaun media sosial anda.

Anda berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM1,500 berserta Set Pes Chef-Ku dan Apron Chef-Ku. Selain itu, ada 8 hadiah wang tunai saguhati turut menanti anda yang tidak berjaya memenangi hadiah utama.

Apa Yang Perlu Anda Buat?

Cara penyertaan mudah sahaja. Hanya ikut beberapa langkah mudah di bawah ini:

  1. Masak apa sahaja hidangan menggunakan Pes Chef-Ku pilihan anda.
  2. Rakam foto atau video masakan tersebut berserta produk Pes Chef-Ku yang digunakan.
  3. Muat naik foto atau video di media sosial (Facebook & Instagram) berserta resipi anda di bahagian caption.
  4. Like Facebook & IG MajalahRasa dan Chef-Ku
  5. Sertakan hashtag #RasaChefKuMasakChallenge #RasaChefku #ChefKu #MajalahRasa

Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar dan resipi yang paling kreatif. Paling penting, pastikan akaun media sosial anda ditetapkan pada tetapan umum. Peraduan bermula 4 Februari sehingga 4 Mac 2022.

Jangan lepaskan peluang ini. Serlahkan bakat memasak anda dengan produk Chef-Ku. Segala kerja di dapur menjadi mudah dan cepat. Selamat mencuba!

IKLAN