Singgang Daging Jadi Lebih Sedap. Tambah 1 Bahan Ni Comfirm Best

Share

Singgang Daging merupakan sajian tradisi orang Kelantan. Daging yang direbus dan dimasak bersama bahan-bahan yang serba ringkas sahaja namun kombinasi rasanya yang masam, masin dan sedikit pedas menjadikan hidangan ini sangat enak sekali. Selain daging singgang juga boleh dimasak menggunakan ikan atau ayam, namun sedikit berbeza dari segi bahan yang digunakan. Nak cuba masak Singgang Daging untuk keluarga? Saudari Tengku Syazwanie ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

 

RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
1 keping daging – hiris nipis
1 inci halia – hiris
1 inci lengkuas – hiris
1 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
5-6 tangkai cili /lada kering – hiris/potong kecil beli online disini
1 sudu teh biji ketumbar – tumbuk kasar beli online disini
2 keping asam gelugur beli online disini
1 sudu teh budu – jika tiada, boleh abaikan
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Daging ditumis bersama bahan-bahan hiris & bahan tumbuk terlebih dahulu tanpa dimasukkan air. (Proses ini dipanggil proses mati awas) agar rasa bahan masuk ke dalam daging. Ia penting dan rahsia kesedapan singgang.


2. Bila daging sudah kelihatan meresap sempurna, masukkan air dengan secukupnya dan juga asam keping. Rebus sampai daging empuk.


3. Bila daging sudah empuk dan lembut, masukkan budu, garam dan perasa dengan secukupnya. Budu membuatkan kuah singgang rasa lebih enak. Jika tiada, boleh abaikan.
4. Singgang Daging sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Tengku Syazwanie

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik-sepanjang-bulan-ramadan/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN