Anda penggemar Spageti Carbonara, resipi perkongsian saudari Nurul Husna Mohamed Daud ni boleh dicuba. Sos homemade buat sendiri je. Tak guna sos segera dalam tin pun. Kalau anda ada keluarga yang besra, sesuai sangtlah masak guna resipi ni. Pasti puas hati. Memang puas makan.
RESIPI SPAGETI CARBONARA HOMEMADE SEDAP, GUNA SOS BUAT SENDIRI
BAHAN-BAHAN: 1 paket spageti – beli online disini 2 1/2 tin susu sejat atau susu kotak – kalau guna 2 tin susu, 1/2 tin air pun boleh – beli online disini Majerin + minyak secukupnya (untuk menumis) – beli online disini Daging cincang secukupnya Bawang merah – dadu 1 sudu makan tepung gandum – beli online disini Cendawan dan sosej – hiris 3 keping keju cheddar – beli online disini Serbuk lada hitam secukupnya Serbuk perasa secukupnya Garam dan gula secukup rasa Parsley dan oregano kering -jika ada – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Rebus spageti terlebih dahulu sampai lembut. Angkat dan toskan kemudian gaul dengan 2 sudu makan minyak masak untuk elakkan spageti dari melekat masa sejuk.
2. Panaskan majerin dan minyak. Tumis bawang hingga masak dan naik bau. Biar sedikit garing.
3. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sekejap dan masukkan serbuk lada hitam serta daging.
IKLAN
4. Bila sudah naik minyak, masukkan hirisan cendawan dan sosej. Sebatikan.
5. Tambahkan susu. Jika guna sukatan yang ada air, tambahkan sekali dengan air.
6. Bila susu mula mendidih, masukkan kepingan keju dan perasakan dengan gul, garam serta perisa dengan secukupnya.
7. Akhir sekali masukkan parsli dan oregano kering dengan secukupnya. Jika tiada, boleh abaikan.
8. Kuah kelihatan agak cair semasa panas dan akan semakin pekat bila sejuk. Hidangkan bersama spageti.
Buat anda suka menu tradisi Peranakan Baba Nyonya, boleh cuba memasaknya sendiri. Menu Nyonya ini cukup dengan rasa manis, masam dan pedasnya. Memang puas hati menikmatinya.
Anda boleh mengunjungi Santa Grand Signature Kuala Lumpur untuk merasai resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef)
Buat anda yang ingin mencuba masak sendiri, dikongsikan resipi membuatnya.
Peranakan Laksa Santa Grand
Bahan-bahan untuk kuah:
5 ulas bawang merah-dikisar
1 inci halia-dikisar
5 ulas bawang putih-dikisar
5 batang serai dihiris dan-dikisar
1 inci lengkuas dihiris dan-dikisar
50 gm udang kering-dikisar
½ inci kunyit hidup-dikisar
8 biji cili padi hijau-dikisar
10 biji buah keras-dikisar
3 batang bunga kantan
100 gram daun kesom
1kg santan pekat
Gula
Garam
Serbuk perasa
Bahan ulam:
Terung dipotong panjang dan digoreng
Kacang panjang -dipotong 2 inci panjang dan digoreng@dicelur
Telur rebus
Bebola ikan
Kek ikan-dihiris dan digoreng (fish cake)
Udang-direbus
Hirisan daun ketumbar
Hirisan cili padi dan cili merah
Bahan-bahan sambal:
2 ulas bawang merah besar-dikisar
1 ulas bawng merah kecil-dihiris
1 ulas bawang putih
Cili kering kisar
2 batang serai diketuk
Gula
Garam
Secukup rasa
Air asam jawa
Cara membuat kuah:
1.Panaskan minyak terlebih dahulu dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.
2.Masukkan santan pekat dan sedikit air rebusan ayam. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan hirisan bunga kantan dan daun kesom. Reneh, masukkan gula,garam dan serbuk perasa.
Cara membuat sambal:
1.Tumis bawang merah kecil yang dihiris halus sehingga garing. 2.Masukkan bahan yang telah dikisar tadi beserta serai ketuk dan tumis sehingga garing.
3.Masukkan sedikit air asam jawa dan masukkan serbuk perasa. Rasa secukupnya dan boleh dihidangkan setelah sambal tersebut pekat.
Cara menghidang:
1.Setelah siap kuah dan sambal, boleh celurkan mi kuning atau mihun atau kway teow mengikut kesukaan anda, selepas boleh masukkan bahan-bahan ulaman tadi dan tuangkan kuah di atas dan sedia untuk dihidang.
Nyonya Asam Laksa Santa Grand
Bahan-bahan kuah:
3kg ikan kembong
1 tin ikan sardine
Bawang Merah-dikisar
Bawang putih
Halia-dikisar halus
Lengkuas -diracik dan dikisar halus
5 batang serai -diracik dan dikisar halus
Cili kering-dikisar halus
8 keping asam keping
3 batang bunga kantan -dihiris
Daun kesom (dipetik daun sahaja)
Belacan sebesar ibu jari
Gula
Garam
Serbuk Perasa
Bahan-bahan ulam:
Nenas-dihiris
Timun-dihiris
Bawang merah-dihiris
Daun Salad-dihiris
Cili merah/ cili padi
Limau kasturi
Petis udang
Telur rebus
Cara memasak:
1.Rebus ikan kembung bersama asam keping sehingga masak. Pisahkan isi dengan tulang ikan dan air rebusan ikan tadi ditapis untuk asingkan sisa baki tulang ikan yang tertinggal.
2.Selepas itu, ambil 1/3 dari isi ikan kembung tadi dikisar halus bersama ikan sardin dan masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
3.Masukkan sekali bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, lengkuas, serai,belacan dan asam keping. Panaskan di dalam periuk sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
4.Setelah mendidih, masukkan bunga kantan dan daun kesom. Ambil 1/3 dari bahan ini, dikisar untuk menambah perasa didalam kuah asam laksa ini. Biarkan ia mendidih selama 15 minit lagi dan masukkan garam, gula, sedikit petis udang dan serbuk perasa secukupnya.
5.Biarkan ia mendidih seketika dan siap sedia dihidangkan.
6.Untuk hidangan, sekiranya menggunakan laksa basah seharusnya direbus terlebih dahulu laksa dan ditoskan airnya. 7.Setelah ditoskan, ambil laksa tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk berserta ulam-ulaman tadi diletakkan di atas dengan kuah dituangkan. Sedia dihidang.
Nyonya Curry Mee
Bahan kuah:
500 gm bawang merah besar-dikisar
2 ulas bawang merah kecil-dihiris halus
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia- dikisar
2 inci lengkuas -dikisar
3 batang serai-diketuk
2 batang serai-dikisar
2 batang bunga kantan- dihiris halus
30 gm udang kering-dikisar
50 gm cili kering -dikisar
100 gm serbuk kari daging
5 helai daun limau purut
60ml susu cair
500ml stock ayam
Bahan rencah:
Mi kuning dicelur
Terung panjang
Kacang panjang
Fish ball
Fish cake
Telur rebus
Tauhu pok
Cili merah
Udang
Cara memasak:
1.Tumiskan semua bahan-bahan yang dikisar hingga berbau wangi
2.Kemudian masukkan serbuk kari daging serta daun limau purut.
3.Seterusnya masukkan stock ayam dan susu cair
4.Masukan sedikit garam dan gula. Biarkan ia mendidih seketika dan sedia dihidangkan.
5.Untuk hidangan, sekiranya menggunakan mi kuning yang direbus terlebih dahulu dan ditoskan airnya. Setelah ditoskan, ambil mi tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk berserta bahan rencah tadi diletakkan di atas dengan kuah dituangkan. Sedia dimakan.
Buat mereka yang menggemari masakan Cina, boleh cuba memasak menu ini. Katanya hidangan mi ni popular di Beijing. Rupa seakan-akan sama dengan hidangan popular Korea iaitu Jjajangmyeon (Korean Black Bean Noodle). Namun resepi sosnya berbeza. Zha Jiang Mian atau Chinese Fried Sauce Noodle menggunakan pes peram kacang soya kuning
Manakala Jjajangmyeon menggunakan pes peram kacang hitam. Tapi kita sedia maklum, Jjajangmyeon pun merupakan masakan cina yang popular di Korea.
Bila tengok ada makanan yang viral di media sosial, pasti kita teringin nak merasanya kan. Tapi kadang-kadang faktor lokasi yang jauh, boleh membantut hasrat tersebut.
Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri saja roti kukus yang viral di Bangi. Menerusi perkongsian daripada Juliana Jue Cullen ini, dia mencari sendiri resipi roti kukus di Youtube.
Manakala untuk fillingnya, boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.
ROTI KUKUS VIRAL
BAHAN-BAHAN:
425gm tepung pau/tepung gandum (kalau guna tepung pau, warna roti lebih putih, tepung gandum ada kekuningan sikit) – beli online di sini 75gm tepung tang mien (optional) | boleh cari di kedai bakeri, kalau tak ada boleh guna sepenuhnya tepung pau/gandum ye 125gm gula halus –beli online di sini 5gm yis (saya guna jenama Saf, tapi boleh guna apa-apa jenama) 5gm baking powder (saya guna double action baking powder) 50gm shortening (lemak sayur) +-225gm-240gm air sejuk (saya guna 230gm air sejuk coway, sesuaikan dengan daya serap tepung)
CARA MEMBUAT:
1. Adun bahan dengan menggunakan mixer. Saya adun guna mixer 7 liter Golden Bull. Masa lebih kurang 30 min low speed.
2. Adunan saya dapat 4 bekas kod 4573, setiap timbangan doh 225gm-228gm. 3. Saya proofing lebih kurang 1 jam-1 jam 30 min bergantung kepada cuaca. 4. Kukus selama 25 minit ke 30 minit. Pastikan balut tutup pengukus dengan kain ye.
5. Roti yang siap dikukus, sejukkan dulu baru potong. Gunakan pisau yang bergigi halus. Boleh dapatkan di kedai bakeri, pelbagai size ada. 6. Lebihan roti yang belum diisi filling, boleh simpan dalam peti beku. Nak guna, kena kukus semula bagi dia lembut balik.