Masak Sedap Tanpa Ke Pasar, Guna Apa Yang Ada Je!

Share

Masak sedap tanpa ke pasar: guna apa yang ada je! Kadang-kadang bila badan penat, mood nak masak tu ada, tapi malas sangat nak keluar beli barang. Jangan risau — dapur kita sebenarnya penuh dengan bahan ‘tersembunyi’ yang boleh jadi menu sedap kalau kena gaya. Yang penting, kita kena kreatif sikit dan berani cuba kombinasi baru!

Jom Cuba… Menu mudah & ringkas…

PUFF TIGA CENDAWAN


BAHAN-BAHAN:

  • 3 sudu makan minyak masak
  • 200gm cendawan shitake | dadu halus
  • 200 gm cendawan tiram | cincang
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 50gm dada ayam | cincang halus
  • 50gm cili benggala kuning| dadu halus
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu teh  serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh daun ketumbar | hiris halus
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 10 keping pastri puff segera
  • Garam secukup rasa.

CARA MEMASAK:
Langkah 1: Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga wangi.
Langkah 2: Masukkan hirisan dada ayam, kacau hingga layu.
Langkah 3: Masukkan kesemua cendawan, cili benggala dan daun ketumbar.
Langkah 4: Masukkan garam, serbuk pati ayam dan sos tiram secukupnya.
Langkah 5: Torak kepingan pastri puff segera, letakkan isian cendawan. Kemudian cantumkan kedua-dua hujung dan kemaskan bahagian tepi dengan garpu.
Langkah 6: Kelarkan bahagian atas puff dan griskan dengan kuning telur. Kemudian bakar hingga kekuningan.

DAGING GORENG CENDAWAN


BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging batang pinang | hiris nipis memanjang
  • 150gm cendawan shitake | hiris nipis
  • 5cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 biji bawang Holland | dadu kasar
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 20gm daun bawang | potong 3cm
  • 1/2 cawan biji cili benggala merah, kuning & hijau | potong dadu
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Langkah 1: Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Langkah 2: Masukkan hirisan cendawan shitake dan cili benggala, kemudian gaul rata.
Langkah 3: Seterusnya, masukkan hirisan daging yang telah direbus.
Langkah 4: Masukkan serbuk lada hitam, garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.
Langkah 5: Lengkapkan rasa dengan sos tiram.
Langkah 6: Sebelum angkat masukkan daun bawang. Sedia dihidangkan.

SPAGETI LEMAK SEAFOOD


BAHAN-BAHAN:

  • 150gm spageti | rebus dan tos
  • 2 ekor sotong | hiris bulat
  • 6 ekor udang | buang kulit
  • 50gm hirisan dada ayam6 tan
  • gkai cili padi | hiris
  • 50gm hirisan cili benggala
  • 10gm daun ketumbar | hiris
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu kecil
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit hirisan halia | jika perlu
  • 200ml santan
  • 50ml air
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
Langkah 1: Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
Langkah 2: Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata.
Langkah 3: Masukkan hirisan ayam, udang dan sotong, kacau lagi hingga layu.
Langkah 4: Seterusnya, masukkan santan dan sedikit air.
Langkah 5: Setelah mereneh, masukkan hirisan, lobak merah, cili benggala dan cili padi.
Langkah 6: Akhir sekali masukkan spageti, kemudian pati ayam dan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan panas-panas.

AYAM GORENG SOS KARI


BAHAN-BAHAN:

  • Bahan Ayam Goreng
  • 200gm isi dada ayam | potong dadu
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bahan Sos Kari:
  • 1 sudu makan serbuk kari ayam/daging
  • 2 sudu besar yogurt
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit daun ketumbar | hiris halus
  • Garam dan serbuk pati ayam secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
Langkah 1: Goreng ketulan isi yang telah digaulkan bersama telur, tepung, serbuk kari dan garam sehingga kekuningan.
Langkah 2: Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit dan tumis bawang putih, bawang Holland hingga wangi.
Langkah 3: Masukkan rempah kari dan sedikit air, kacau hingga timbul minyak.
Langkah 4: Seterusnya masukkan yogurt.
Langkah 5: Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukupnya
Langkah 6: Sebelum angkat masukkan daun ketumbar. Kemudian tuang di atas ayam goreng dan hidangkan panas-panas.

PENYELARAS: NURUL AZWA ABU BAKAR & SHIDA YASIN
FOTO : MOHD HAFIZ

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin