Masak Sayur Pedas Timun Ikut Resipi Arwah Mak. Sedap Tak Terkata

Share

Sayur Pedas Timun merupakan lauk ‘orang kampung’ yang sangat sedap dan mudah penyediaannya. Walaupun ringkas sebegini, tetapi rasanya membuatkan anda boleh tambah nasi beberapa kali. Cuma padankan dengan lauk sampingan yang lain seperti ikan goreng atau ikan masin goreng, sudah cukup untuk membangkitkan selera. Berkongsi resipi arwah ibu, saudari Tengku Azwa menyatakan hidangan ini juga sangat enak dimakan bersama Sambal Belacan. Malah ia juga boleh dinikmati oleh ibu-ibu berpantang denagn memasaknya bersama lobak putih. Wah… Tentu enak. Jom cuba!

RESEPI SAYUR PEDAS TIMUN

BAHAN-BAHAN:
1 batang timun
3 ulas bawang putih beli online disini
5 ulas bawang merah beli online disini
1/2 sudu makan lada hitam beli online disini
1 ekor isi ikan rebus – tumbuk

Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada hitam hingga lumat.
2. Masukkan ke dalam periuk bersama hirisan timun dan juga isi ikan rebus yang telah ditumbuk.


3. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Jika mahu tumis bawang dan lada hitam terlebih dahulu pun boleh. Isi ikan tidak perlu ditumis. (empunya resipi tidak tumis. Terus masukkan air sahaja)


4. Masak sehingga timun lembut. Kemudian perasakan denagn garam serta perasa dengan secukupnya. Gula tidak perlu kerana timun sudah mempunyai rasa manis.


5. Bila sudah cukup rasa dan timun lembut, angkat dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Jika tiada ikan rebus, boleh guna ikan bilis. Tapi lebih sedap jika guna isi ikan rebus. Boleh juga tambahkan daun kesum jika suka.

Kredit resipi & foto: Tengku Azwa

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN