Masak Sambal Nanas Ibu Mentua, Rasa Sekali Pasti Nak Lagi

Share

Buah nanas banyak kegunaannya dalam masakan. Selain pajeri nanas, tat nanas, jelatah, ianya juga boleh dibuat sambal nanas. Mungkin ada antara anda yang belum pernah merasa sambal nanas. Jadi, inilah masanya untuk kita mencuba resipi ini.

Menurut Siti Nuryasmin yang sudi berkongsi resepi Sambal Nanas kegemaran suaminya, resipi ini diperoleh daripada ibu mentuanya. Jom kita buat. Kalau dah merasa, gerenti licin pinggan.

SAMBAL NANAS

BAHAN-BAHAN:

1 biji nanas

1 biji bawang bombay (bawang holland pun boleh) – Boleh beli online di sini

2 biji bawang merah 

4 biji bawang putih – Boleh beli online di sini

3 biji cili padi (kalau nak pedas, boleh letak banyak)

Segenggam ikan bilis (dicuci bersih) – Boleh beli online di sini

Sedikit belacan – Boleh beli online di sini

Gula apong 

Cili kering (direbus dan dikisar)

Bahan perasa

CARA MEMASAK:

Kupaskan kulit nanas dan dibuang matanya.

Kemudian, cincang buah nanas sampai hancur. Nak hiris kecil-kecil pun boleh ikut kesesuaian.

Kisarkan bawang bombay, bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan juga ikan bilis. Letakkan sedikit air untuk memudahkan proses mengisar.

Nak kisar hancur begini (seperti di dalam gambar) atau kisar kasar pun boleh mengikut citarasa masing-masing.

Tumiskan bahan kisar sampai naik bau.

Kemudian, masukkan cili kering kisar. Tumis sampai pecah minyak.

Setelah itu, masukkan sedikit gula apong/ gula melaka/ gula putih mengikut citarasa masing-masing.

Apabila bahan tumis sedikit kering, masukkan buah nanas cincang berserta dengan airnya. Tak perlu letak asam jawa atau asam keping kerana nanas itu sendiri bersifat masam.

Masukkan serbuk perasa/ garam/ ajinomoto. Saya guna serbuk perasa sahaja. Masak sampai sedikit kering.

Dah siap. Pastikan gabungan rasa ada sedikit masam, manis dan pedas.

Makan dengan nasi panas, sedap!

Kredit: Siti Nuryasmin

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN