Masak Sambal Bilis Simple Je Tapi Sedap, Ikut Cara Ni Pasti Jadi

Share

Sambal Ikan Bilis memang sedap. Selain dinikmati bersama Nasi lemak, ia juga sesuai dinikmati bersama nasi putih biasa atau dimakan bersama roti atau pau. Memang kena dengan selera orang Malaysia. Namun ramai yang kadang-kala susah nak jumpa Sambal Ikan Bilis yang kena dengan selera. Nak cuba Sambal Ikan Bilis yang sangat mudah dimasak dan sangat sedap rasanya? Saudari Mariana Zainal ada kongsikan resipinya. Jom cuba!

 

RESIPI SAMBAL BILIS SIMPLE YANG SANGAT SEDAP & MUDAH DIMASAK

BAHAN-BAHAN:
3 genggam ikan bilis siap kopek beli online disini


1 keping asam gelugur beli online disini
2 sudu makan gula (membukit)
1 sudu teh rata garam (jika kurang rasa baru tambah kerana ikan bilis sudah masin)
1 sudu teh bahan perasa
1 cawan air
1 biji bawang potong bulat

BAHAN KISAR HALUS:
20 tangkai cili kering beli online disini
2 biji bawang besar beli online disini
6 ulas bawang putih beli online disini
3/4 cawan minyak masak beli online disini

 

Dapatkan MITSUTOYO RECHARGEABLE PERSONAL BLENDER SET dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.


2. Seterusnya dalam kuali berasingan, masukkan bahan kisar. Tidak perlu tambah minyak kerana bahan kisar sudah mengandungi minyak.
3. Masukkan pula gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Tumis hingga sambal betul-betul garing dan berubah warna.


4. Masukkan air. Sebatikan dan bila sambal mula mendidih ganas dan kuah mula pekat, masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar. Kacau sekejap sahaja.


5. Sesuaikan rasa mengikut selera dan terus tutup api. Sambal Bilis Simple siap untuk dihidangkan.

NOTA: Sambal ini banyak minyak. Jadi sebelum dihidang, boleh ceduk buang lebihan minyak.

 

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN