Masak Mee Rebus Paling Sedap. Resipi Kuah Dia Ni Memang Padu

Share

Bagi penggemar sajian Mee Rebus, pastinya tercari-cari resipi yang mudah, sedap dan yang kena dengan selera masing-masing. Salah satu resipi yang wajib dicuba adaah resipu Mee Rebus perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Kuah likat dan sedap. Cukup semua bahan perasanya. Sekali cuba, pasti puas hati dan tak cuba resipi lain lagi.

 

RESIPI MEE REBUS SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg daging – rebus empuk & hiris nipis. Boleh ganti dengan ayam, kerang atau udang
  • 1kg ubi keledek oren – rebus, tos & kisar dengan air. Boleh lebihkan jangan kurang. Nanti kuah tak pekat.
  • Mi kuning secukupnya
  • 5 sudu makan rempah kari daging – bancuh dengan sedikit air beli online disini
  • 1 paket kecil serbuk cili – bancuh dengan sedikit airbeli online disini
  • 5 sudu makan gula – jika suka manis, boleh tambah
  • 1 sudu makan garam
  • 3 sudu makan sos cili beli online disini
  • Sedikit bahan perasa
  • Air untuk kuah – ikut kepekatan yang disukai. Agak-agak sahaja jangan cair.
  • 2 senduk minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR HALUS:

BAHAN SAMPINGAN ( terpulang ikut cita rasa):

  • Sawi – celur
  • Tauge
  • Telur rebus
  • Cili besar & cili padi
  • Bawang goreng
  • Tauhu – goreng dan hiris nipis
  • Cucur

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga agak garing.

2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga betul-betul pecah minyak.

3. Masukkan sos cili, daging (boleh juga masukkan ayam, kerang, udang), keledek kisar dan juga air ( air masukkan sedikit demi sedikit. Tak nak cair nanti tak sedap.)

4. Masak kuah hingga mendidih. Masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.

5. Angkat kuah, hidangkan bersama mi dan bahan sampingan.

CARA BUAT CUCUR UNTUK MI REBUS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh yis
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit daun kucai
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak cair dan tidak pekat.

2. Peram adunan selama 30 minit hingga 1 jam.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

CUBA JUGA RESIPI-RESIPI BEST NI:

 

IKLAN