
Kelebihan dan Manfaat Penuras Air

Terdapat pelbagai produk penuras air di pasaran membuatkan ramai pengguna berfikir sejauh mana keperluannya di ruang dapur dan kediaman secara keseluruhan? Sebenarnya banyak kelebihan yang perlu diketahui melalui pemasangan penuras air ini. Apa yang pasti ia bukan sekadar menjadikan air minuman lebih segar dan sihat, malah memberi manfaat yang pelbagai kepada pengguna.
Jenis Penuras Air
Terdapat beberapa jenis penuras air di pasaran. Pastikan anda memilih jenis yang sesuai dengan situasi dan keadaan di kediaman anda.
- Jag penuras
Bagi penuras air jenis ini, sesuai digunakan di lokasi yang tiada penuras air dan penggunaan dalam kuantiti yang tidak terlalu besar. Anda hanya perlu mengisi jag tersebut dengan air kosong. Biarkan air turun ke dasar dengan melalui penuras di dalam jag tersebut. Selepas itu air sedia diminum. Mudah dan praktikal.
- Penuras kepala paip
Penuras kepala paip lazimnya dipasang pada kepala paip dan membenarkan anda mendapatkan air yang bersih melalui paip di dapur anda. Saiznya yang kecil dan fungsi yang membolehkan anda menutup penuras agar dapat menjimatkan penggunaan penuras. Ia dilakukan apabila anda memerlukan air biasa untuk kerja dapur.
- Penuras bawah sink
Penuras jenis ini dipasang di bahagian bawah singki. Biasanya fungsi penuras bawah singki agak sama dengan penuras kepala paip. Yang membezakan cuma ia dipasang di bahagian singki dan nampak lebih kemas untuk ruang dapur. Kelebihannya ia mampu bertahan untuk jangka masa yang lebih lama berbanding penuras jenis jag dan kepala paip.
- Penuras untuk kediaman
Penuras untuk kediaman berfungsi untuk menapis air bagi keseluruhan kediaman. Ia dipasang pada sumber air di satu-satu kediaman. Anda perlukan penuras jenis ini sekiranya bekalan air ke kediaman anda sangat teruk kualitinya. Hasilnya anda boleh gunakan air yang dituras bukan sahaja sebagai minuman, sebaliknya digunakan untuk masakan, mandi dan sebagainya.
Sejauh mana kepentingan penuras air
1.Penuras air menjadikan bekalan air lebih segar dan rasa yang lebih enak kerana bahan cemar sudah ditapis.
2.Pemasangan penuras air di dapur dan kediaman banyak membantu dari segi mengurangkan kos. Bayangkan berapa banyak air dalam botol yang tidak lagi perlu anda beli kerana memiliki penuras air yang menjamin kebersihan air.
3.Penuras air mampu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan kerana kandungan klorin dalam air sudah ditapis.
4.Penuras air juga mengekalkan kandungan mineral dalam air di samping mengimbangi pH dalam air supaya tidak menjadi berasid.
5.Air yang bersih dapat diperoleh bukan sahaja untuk kegunaan minuman sebaliknya pelbagai aktiviti di dapur seperti memasak, membersihkan sayur dan buah dan sebagainya.
6.Kanak-kanak turut mendapat manfaat melalui air yang dituras. Ini kerana melalui air yang bersih dan sihat, tubuh kanak-kanak dapat membina sistem imun.
7.Penuras air dapat melindungi tubuh daripada menerima lebih daripada 2,100 jenis toksin yang terkandung dalam air biasa yang tidak dituras.
Sumber gambar: 123 royalty free
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Ambil Tahu Peralatan Dapur Yang Bertoksin, Tukarlah Alternatif Selamat.
Buat Bekas Simpanan Roti Daripada Kayu Terpakai, Mudah & Jimat

Ramai yang bagi soalan “sis simpan roti kat rumah di mana ye?” Kita memang lama dah mengidam nak ada bread box ni kat rumah. Semalam gigih la menyantuni diri sendiri cantum cantum lebihan papan dan plywood mana yg ada. Ok tak??
1. Susunan dan bentuk papan, mana yang dapat je, macam-macam rupa
2. Gamkan papan guna gam kayu sebelum paku.
3. Pasang plywood di belakang.
4. Tombol kabinet lama dan engsel,cat spraypaint hitam.
5. Hiasan kerawang tu jumpa dalam stor.
6. Atas untuk letak kaya,bawah roti.
Kredit :Norpadilah Binti Afandi
https://www.rasa.my/hasrat-untuk-menjadikan-dapur-nampak-sempurna-di-mata-cara-ini-boleh-membantu/
Buat Sendiri Rak Barang Dapur Gaya Inggeris Guna Barang Kedai Eco.
Hainanese Chicken Chop Menggetar Selera Berbuka

Jom ubah selera berbuka, apakata kita masak Hainanese Chicken Chop.
Paling best menu Hainanese Chicken Chop ni adalah ayam yang besar dan rangup di luar, berjus di dalam. Dimandikan dengan sos yang lebih mild, tak muak dan rasa yang lebih fussion. Gerenti menggetar selera berbuka… Jom cuba!
HAINANESE CHICKEN CHOP
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk ayam :
1 ketul dada ayam (basuh bersih dan toskan)
2 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung (dicampur bersama oregano)
1 biji telur (dikacau)
4 sudu minyak masak/olive oil/sunflower oil.
dengan lada sulah, Lea & Perrins sos, 2 sudu besar gula dan sedikit garam.
CARA PENYEDIAAN:
1. Perap ayam sekurang2nya setengah jam bersama oregano, lada sulah, dan garam, biarkan seketika sementara menunggu minyak panas.
2. Untuk salutan tepung, campurkan tepung bersama oregano dan salutkan ayam tadi bersama-sama dengan tepung.
3. Celupkan ayam yang sudah disalut tepung tadi kedalam telur, dan pastikan semua bahagian dicelup dan ditutupi telur,
4. oreng ayam tersebut kedalam kuali, dan pelahankan api supaya ayam tidak keras dan tidak terlebih masak.
5. Masak sehingga ayam tersebut sudah kekuningan, toskan dan biarkan ditepi sementara menunggu sos hainan (sos masam manis) dimasak.
BAHAN SOS:
1 biji bawang merah-hiris halus
1 ulas bawang putih- hiris halus
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar air
1/2 biji buah tomato – belah empat
1/2 cawan kacang pis hijau.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau dan layu.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili, kacau sebentar sehingga pecah minyak sedikit.
3. Tambahkan air dan biarkan sehingga mendidih dan pekat sedikit.
4. Masukkan buah tomato yang dibelah empat, kacau dan tambah oregano, garam dan gula, rasa dahulu, jika rasanya sudah cukup masam manis, tidak perlu tambah gula atau garam.
5. Akhir sekali masukkan kacang pis hijau, tunggu 1 minit dan hidangkan bersama ayam yang dah digoreng tadi bersama kentang goreng!
P/s: Goreng jejari kentang dan hidangkan bersama ayam dan sos hainan
TAMBAHAN HIASAN :
Tomato biji
Kacang peas
Selamat mencuba!
Kongsi resipi: itisrajjah
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI:
DAN JUGA RESIPI INI :