Masak Lemak Cili Padi Ikan Merah Dengan Buncis

Share

Masak lemak cili padi ikan merah ini memang sedap. Seimbanig rasa lemak dan pedasnya. Digandingkan pula dengan kacang buncis. Kira dah tak perlu masak sayur berasingan. Lauk ini dah ada sayurnya. Jimat masa dan tenaga. 

Masakan lemak cili padi ikan merah ini memang sedap. Nak masak pun tak susah. Apa salahnya hidangkan sajian ini untuk tetamu yang datang untuk kelainan? 

Boleh cuba resipi ini ye. 

Masak Lemak Cili Padi Kepala Ikan Merah Dengan Buncis

Bahan-bahan:

1 keping kepala ikan merah dan sekeping bahagian isi  (cuci bersih)

Sekotak kecil santan

1 batang serai (ketuk) 

Sekeping asam gelugur – boleh beli online di sini

1 biji tomato (belah empat)

Kacang Buncis (potong)

Garam – boleh beli online di sini

Sedikit air

Bahan kisar:

Sedikit cili padi hijau (nak lebih pedas, letak lebih cili) – boleh beli online di sini

2 biji bawang merah – boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih – boleh beli online di sini

2 inci kunyit hidup – boleh beli online di sini

Cara Memasak Masak Lemak Cili Padi Kepala Ikan Merah Dengan Buncis:

Mula-mula bersihkan ikan dengan pes asam jawa dan garam, biarkan kira-kira 10 minit. Kemudian bilas bersih.

Kemudian kisar bahan-bahan seperti kunyit hidup, bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga hancur.

Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk, diikuti santan. Kacau rata dan masukkan serai, asam keping dan tomato. Kacau rata seketika. Tambah sedikit air.

 Setelah kuah mula menggelegak, masukkan ikan.

Kemudian, masukkan pula hirisan kacang buncis dan tambah air kalau kuah terlalu pekat. Sesuaikan dengan selera masing-masing. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Biarkan mereneh. Setelah ikan masak dan buncis empuk, tutup api. Siap

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official.

 

 

 

 

 

 

IKLAN