Biasa kalau masak kari kita akan letakkan santan, kali ini masak stail mamak, tidak menggunakan santan. Rasa rempah yang ditumis tu lagi kaw. Makan dengan nasi panas-panas, confirm bertambah makan.
KARI SOTONG PEKAT(Tanpa santan)
Bahan-bahan:
1 kilo sotong (dibersihkan)
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar(dihiris)
3 ulas bawang putih(dihiris)
1 cm halia(dihiris)
3 sudu perahan asam jawa
1 buah tomato(dibelah 6)
Daun ketumbar(2-3 sudu besar)
Minyak masak secukupnya
Serbuk perasa
Garam
7 sudu besar serbuk kari ikan
Sedikit air
(Jadikan pes)
*tidak perlu menggunakan air,kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri.
CARA MEMASAK:
Ads
1.Panaskan minyak di dalam kuali,tumiskan bawang putih,bawang merah,halia dan daun kari.masak sehingga sedikit keperangan.
2.Kemudian masukkan pes rempah kari dan gaulkan sebati,masak sehingga pecah minyak(menggunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik dan sentiasa kacau)
3.Apabila sudah pecah minyak,masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap.(Masih menggunakan api sederhana).
4.Selepas itu,masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi,masak seketika.
Ads
5.Akhir sekali,masukkan daun ketumbar dan tomato serta perasakan dengan garam dan serbuk perasa.(boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan)tunggu sedikit kering dan tutup api.
Menu kerang ni pelbagai. Ia boleh direbus, dimasak tumis, dibakar, masak kicap dan banyak lagi. Bagi anda yang nak makan lauk kerang yang sedap dan mudah, resipi yang RASA kongsikan ini perlu anda cuba. Sedap!
KERANG TUMIS CILI DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
600gm kerang | bersih dan toskan
1 cawan hirisan daun bawang
10 biji cili padi | hiris memanjang
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | cincang
3cm halia | hiris memanjang
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat manis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
P anaskan minyak, tumiskan bawang putih, merah, halia dan cili padi hingga wangi.
Masukkan kerang, kacau rata.
Apabila kerang sudah terbuka, perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau seketika kemudian tutup api.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jika tidak ada cili padi, boleh tukar dengan pes cili kering.
Bila sebut mengenai petai, selain dibuat ulam ia juga sesuai dicampur dalam pelbagai jenis masakan terutamanya menu bersambal. Lauk paling mudah yang anda boleh sediakan ialah Sambal Udang Petai Cili Padi ni. Sangat senang dan memang cepat masak. Selamat mencuba!
SAMBAL UDANG PETAI CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
20 tangkai cili padi merah & hijau – dikisar
4 biji bawang merah saiz besar – dikisar
3 papan petai – dibuang kulit dan dibelah dua
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan airnya.
Panaskan minyak dan goreng petai hingga sedikit layu. Angkat.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis cili padi dan bawang yang dikisar hingga garing dan masak.
Perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul rata dan biar hingga pecah minyak.
Masukkan udang dan gaul hingga sebati. Biar udang hingga 1/2 masak.
Seterusnya masukkan petai yang dah digoreng tadi. Gaul hingga rata sekali lagi.
Melihat cara Mohd Asri Atan atau dikenali nama glamournya Ashh sho shedap dalam instagramnya berkongsi masakan memang menyelerakan. Ringkas dan terpaut suka untuk mengikuti setiap masakan yang dimuatnaik oleh Ashh ini. Koleksi resipi olehnya boleh beri idea untuk berbuka dan bersahur nanti.
KEPAH MASAK KICAP CILI BERAPI
Bahan-bahan:
2kg kepah segar
Bahan hirisan (A)
9 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 hirisan halia
30 biji cili padi
Bahan dikisar (B)
15 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Bahan (C)
Kicap lemak manis
Kicap lemak masin
Kicap pekat pedas
Sos tiram
Bahan (D)
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 cawan air
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B dahulu sehingga naik bau.
2. Selepas itu baru masukkan bahan A tumis sehingga layu
3. Masukkan bahan C secukupnya.
4. Selepas itu masukkan bahan D secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan kepah yang siap dibasuh dan biarkan sehingga masak lebih kurang 5 hingga 7 minit.
6. Siap untuk dihidang.
SALTED EGG CHICKEN SHO SHEDAP
Bahan A
Isi ayam-dipotong petak
Tepung goreng ayam
Bahan B
Daun kari
Cili padi merah-dipotong bulat
Bawang putih-dipotong dadu
Bahan C
Tepung telur masin sho shedap
Kiub pati ayam setengah kiub
Setengah tin susu cair
5 sudu makan gula
Cara memasak:
1. Isi ayam digaulkan dahulu bersama sebiji telur dan dicelup bersama tepung goreng ayam.
Goreng menggunakan minyak yang panas. Selepas itu ulang langkah ini sehingga isi ayam habis digoreng.
2. Cairkan mentega di atas kuali yang panas selepas itu masukkan bahan-bahan B, biarkan kekuningan warna bertukar dan bau semerbak.
3. Masukkan susu setengah tin,kiub pati ayam dan tepung telur masin sho shedap dan gula.
4. Selepas rasa dah sedap masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul sehingga rata dan siap untuk dihidang.
DAGING BLACK PEPPER.
Bahan-bahan:
Daging lembu -dipotong lawan urat
Kicap manis
Sos tiram
Bahan kisar
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah besar
Bahan hiris
15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 inci halia
Bahan tumbuk
Lada hitam
Cara memasak:
1. Tumis bahan-bahan kisar dahulu. Selepas naik bau baru masukkan bahan hirisan dan juga lada hitam yang
telah ditumbuk halus dan kasar.
2. Masukkan daging lembu di dalam kuali,biar reneh sehingga empuk.
3. Selepas daging empuk, masukkan kicap manis dan sos tiram. Jika perlu masukkan garam sedikit.
4. Selepas itu boleh rasa mengikut kesesuaian lidah masing-masing dan siap untuk dihidang.
KETAM MASAK LEMAK PEKAT BERAPI.
Bahan A
1 kg ketam -dibersihkan dibelah dua
500ml santan
Bahan kisar
30 biji cili padi
5 biji bawang putih
2 biji bawang merah besar
Udang kering- setengah gengam
3 inci kunyit
1 inci belacan
3 batang serai- diketuk
Daun kunyit-dihiris halus
Serbuk perasa
Cara memasak:
1. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai di dalam periuk sehingga bahan-bahan kisar kering.
Resipi ini tidak menggunakan minyak.
2. Selepas bahan tumisan sudah masak dan kering, masukkan air satu jug biar sehingga air mendidih dan
baru masukkan ketam.
3. Selepas ketam mula berubah warna, masukkan santan dan juga garam serta serbuk perasa.
4. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dihiris cantik, tabur di dalam periuk
biar sehingga tiga minit dan siap untuk dihidang. UDANG SAMBAL BERLADO.
Bahan-bahan:
Udang
Sos tiram
Serai-dititik
Petai
Bahan-bahan kisar:
25 biji cili padi
10 biji bawang merah kecil
7 biji bawang putih
Gula dan garam-secukup rasa
Cara memasak:
1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau dan masak.
2. Masukkan sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan udang. Selepas udang bertukar warna kekuningan masukkan petai.
4. Siap untuk dihidang.
DAGING SALAI BERLADO SHO SHEDAP.
Bahan-bahan:
200gm daging salai
Petai
Sos tiram
Sos cili
3 sudu gula
1 sudu teh garam
Bahan kisar:
Cili kering
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 inci belacan
Cara memasak:
1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak dan masak.
2. Selepas itu masukkan sos tiram, sos cili dan 3 sudu gula. Jika perlu masukkan garam sesudu kecil.
3. Selepas rasa dah sedap, masukkan daging salai dan gaul sehingga rata bersama kuah
4. Dan terakhir masukkan petai yang telah dihiris nipis.
5. Selepas itu siap untuk dihidang.