Masak Ikan Kembung Rebus Air Asam Tak Cukup Kalau Makan Nasi Sepinggan

Share

 

Resipi rebus sihat dan baik untuk yang sedang diet tetapi sangat berbahaya. Sebab kalau sudah makan boleh terlupa sudah makan nasi betambah-tambah.

 

MASAK IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ikan kembung
  • 2 biji bawang besar di potong dadu
  • 1 biji tomato di potong dadu
  • 1 biji limau kasturi
  • 4 biji cili api. Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh.
  • 1/2 biji cili besar. Kalau nak letak sebiji pun boleh.
  • Air asam jawa
  • Seinci belacan bakar
  • Gula
  • Garam.

 

 

CARA MEMASAK:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam.
2. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor
3. Angkat ikan dan ketepikan.

4. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
5. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.
6. Perah air limau.
7. Masukan gula. Gaul hingga rata
8. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

IKLAN