Kata orang resipi orang dulu-dulu memang sedap dan tak pernah rasa jemu. Apa salahnya korang buat masak daging korban dengan tiga menu yang min kongikan ini, memang sedap dan berbaloi masaklah sebab susah basi dan tahan lama.

Masak Daging Korban Dengan  3 Menu Ni Susah Basi , Sangat Berbaloi.
.

DAGING DENDENG KERING
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging dendeng | bersihkan dan rebus
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 4 batang serai | titik
  • 1/2cawan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 biji cili merah
  • 10 tangkai cili kering | rendam dengan air panas
  • 20 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Hiris nipis daging yang telah direbus tadi. Titik dan ketepikan.
2. Gaulkan daging yang telah dititik tadi dengan kicap pekat manis.
3, Perap lebih kurang 15-30 minit.
4. Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging tadi sekadar bertukar warna. Angkat dan ketepikan.
5. Panaskan minyak dalam kuali lebih kurang 4 sudu makan. Tumis hirisan bawang besar bersama serai hingga wangi.
6. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing, masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api, masukkan daging goreng, gaul rata dan tutup api.

IKLAN

Masak Daging Korban Dengan  3 Menu Ni Susah Basi , Sangat Berbaloi.
.

RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging | hiris
  • 500ml santan pekat
  • 4 sudu makan kerisik
  • 3-4 sudu makan gula kabung/Melaka
  • Sedikit hirisan kelapa
  • 1 helai daun kunyit | mayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 3 biji buah keras
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 15 biji cili kering
  • 5 batang serai
  • 3cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 20 biji bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging yang telah dibersihkan dan tos tadi dengan bahan kisar dalam kuali.
  2. Tuangkan santan dan masak atas api sederhana.
  3. Setelah mereneh tambahkana kulit kayu manis dan kepingan kelapa.
  4. Biarkan mereneh hingga kuah pekat.’
  5. Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.
  7. Tutup api jika tidak mahu garing.
  8. Taburkan daun kunyit dan rendang sedia dihidangkan.

 

IKLAN

Masak Daging Korban Dengan  3 Menu Ni Susah Basi , Sangat Berbaloi.
.

DAGING RENDANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris sederhana , cuci dan tos
  • 500ml santan pekat
  • 3 sudu makan kerisik
  • 6 batang serai | titik
  • 1 helai daun kunyit | carik-carik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 20 biji bawang merah
  • 3cm halia
  • 3cm lengkuas
  • 4cm kunyit hidup
  • 25 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging dalam kuali bersama separuh bahan kisar berserta serai titik.
  2. Renehkan atas api sederhana hingga air daging kecut dan airnya kering.
  3. Tambahkan santan di dalamnya bersama separuh lagi bahan kisar tadi dan daun kunyit.
  4. Biarkan rendang mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
  5. Setelah kuah pekat, tambahkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Apabila timbul minyak dan cukup rasa.
  7. Rendang sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI