Terbayang-bayang keenakan Ayam Paprik Thai yang pedas, wangi dan ‘meletup’ rasanya? Tak payah tunggu makan kat kedai dah, sebab resipi simple ni confirm jadi game-changer dekat dapur rumah sendiri!
Resipi daripada Maslinda Kamaruddin ni memang padu dan bahan senang cari, rasa pun mantap gila! Sesuai untuk yang nak masak cepat tapi tetap nak pikat selera satu keluarga.
300g ayam (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
1–2 sudu besar cili kisar
4–5 biji cili padi (dibelah dua)
1 biji cili merah (dihiris serong)
3 helai daun limau purut
½ cawan air
Garam secukup rasa
Sayur pilihan: kacang panjang, lobak merah, baby corn
1 biji bawang besar (dibelah empat)
Minyak untuk menumis
2. Dengan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
3.Masukkan cili kisar, tumis sampai pecah minyak – ini rahsia rasa ‘kick’!
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi, cili padi, cili merah, serai, air dan daun limau purut. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam. Kacau hingga sebati.
6. Akhir sekali, masukkan semua sayur dan bawang besar. Masak hingga sayur separuh layu, jangan lama sangat, nanti tak crunchy!
7. Siap! Sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas.
Info: Nak buat versi laut? Tukar ayam dengan udang, sotong, lala atau campur semua sekali! Lagi power!
Kredit resipi & foto: Maslinda Kamaruddin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official