Okyaku-sama konnichiwa! Tahun ini dalam pengembaraan Around the World bersama Marrybrown, kita akan singgah ke Jepun! Negara yang dikenali dengan keindahan bunga sakura yang mekar ketika musim bunga serta menikmat gastronomi yang menggiurkan, Marrybrown memperkenalkan menu terbaharu mereka iaitu Oishii Japan yang pasti memikat citarasa anda! Kali ini dengan menyatukan rasa Teriyaki Wasabi, ia boleh didapati di cawangan Marrybrown di seluruh negara mulai sekarang sehingga 7 Ogos.

Selama lebih 40 tahun, Marrybrown telah berusaha untuk menghidangkan “something different”. Sementara itu, kempen Around the World merupakan inisiatif Marrybrown untuk menyediakan dan membawa variasi menu dari serata dunia kepada para pelanggan seperti Korea, Thailand dan Itali. Tahun ini, sekali lagi menu diperhebatkan dengan menghidangkan menu baharu yang menyelerakan.

“Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia, dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap, dan unik bagi setiap hidangan. Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun dan berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. Oleh yang demikian, kami tidak sabar untuk memperkenalkan menu Oishii Japan kami yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia,”

kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

IKLAN

Penggemar boleh menikmati kepuasan menu Marrybrown Oishii Japan dengan gabungan sos Teriyaki yang manis memikat dengan rasa kepedasan wasabi. Namun, keseronokan tidak berakhir di situ kerana menu Marrybrown Oishii Japan membawa kejutan unik dalam hidangan Oishii mereka. Roti burger Oishii disertakan Sakura Fizz berwarna merah jambu, menggambarkan keindahan pokok bunga sakura. Hidangan istimewa ini disediakan sebegitu untuk membawa para penggemar mengembara ke Jepun lalu membayangkan diri mereka sedang berjalan-jalan di kota Tokyo sambil menjamu selera.

Penggemar kini boleh mencuba kombo 2 ketul Ayam Oishii yang diiringi potato wedges dan Sakura Fizz, yang boleh didapati secara eksklusif di Marrybrown, harga bermula dari RM 20.50. Mereka yang ingin mencuba citarasa Kombo Oishii Rice Bowl, dimana ayam rangup Marrybrown diselaputi sos Teriyaki Wasabi, dengan hidangan nasi dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 12.90. Sebagai alternatif, para penggemar juga boleh mendapatkan Kombo Burger Marrybrown Oishii yang didatangkan dengan Burger Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 15.30.

IKLAN

Anda tidak pasti hidangan yang mana satu? Jangan risau, anda boleh mencuba kesemuanya dengan Marrybrown’s Oishii Box Meal yang didatangkan dengan Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 23.90.

“Kami yakin bahawa menu Oishii Japan akan menarik minat semua penggemar kerana gabungan kualiti ramuan yang istimewa dan R&D untuk menu ini memang adalah something different yang akan menyelerakan untuk semua. Kami tidak sabar untuk meminta rakyat Malaysia mencuba menu Jepun kami dan merasai OISHII sebenar,”

kata Dato’ Joshua.

IKLAN

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:

Laman web: https://marrybrown.com/
Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV