Manisan Halwa Dengan Taburan Kismis, Kacang Pistachio & Gajus, Memang Puas Makan

Share

Ada yang suka manisan halwa ni? Dulu selalu tengok kuih ni dekat kedai ja, nampak macam sedap dan teringin nak makan. Kalau ada yang nak mencuba, boleh ikut resipi yang dikongsi ini.Boleh buat kudapan untuk makan bila-bila masa disukai.

MANISAN HALWA

Bahan-bahan:

1 cawan tepung jagung

2 cawan air

1¾ cawan gula

¼ cawan minyak sapi

½ sudu kecil serbuk buah pelaga (saya tak letak sebab tak ada )

Pewarna pilihan

Bahan-bahan tambahan:

Kismis

Kacang pistachio

Gajus

**ikut selera nak letak apa-apa pun

kalau nak buat banyak gandakan bahan-bahannya

**bekas @ loyang yang sesuai dilenser dengan minyak sapi

 

Cara membuat:

1.Satukan tepung dan 1½ cawan air dalam satu bekas, kacau hingga sebati.Ketepikan sebentar.

2.Panaskan kuali, masukkan gula dan baki ½ cawan air tadi masak sehingga mendidih.

3.Masukkan pewarna,kacau sebati.

4.Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung tadi.

5.Kacau,sebatikan sehingga menjadi adunan yang pekat,kena sentiasa kacau jangan berhenti.

6.Bila dah agak pekat boleh masukkan minyak sapi sedikit berselang – seli sehingga habis.

7.Boleh masukkan kismis atau apa-apa yang disukai masa ni.

8.Kacau lagi agak-agak 15 minit dan adunan menjadi jernih cantik bolehlah matikan api.

9.Angkat dan tuangkan ke dalam bekas dan ratakan cantik-cantik.

10.Ketepikan dan sejukkan selama 1 hingga 2 jam sebelum dipotong.

Kredit: Syana Anuya Manmad

IKLAN